Sanggup Merisikokan Keselamatan Diri Demi Memberi Makan Kucing Jalanan Selama 10 Tahun

Berpindah dari New Jersey ke Puerto Rico pada 2006, Glen Venezio sudah bersedia untuk mulakan kehidupannya yang baru.

Kini, ratusan kucing jalanan di kejiranannya tidak mungkin boleh hidup tanpa bantuan darinya.

Setibanya dia, jumlah kucing dan anjing jalanan berkeliaran di jalan sangat mengejutkannya. Pengabaian dan penderaan fizikal yang dihadapi oleh haiwan haiwan ini sangat menyedihkan hati.

Malangnya, dia menyedari bahawa Puerto Rico hanya membiarkan koloni jalanan dan liar ini tidak diambil tindakan.

Di sana tiada program TNR (tangkap-kembiri-lepas) untuk membantu mengawal populasi.

Dengan hanya sedikit sahaja pusat perlindungan haiwan yang ada jadi dia tahu yang dia perlu tampil untuk membantu.

Dia mulakan dengan sedikit..

Glen akan memberi makan kucing dan anjing di bloknya awal pagi. Semakin lama dia memberi makan, semakin banyak yang datang.

Jadi bermula 1.30 hingga 6.30 pagi setiap hari jadual memberi makan Glen ini melibatkan lebih 250 ekor kucing dalam radius 10 blok.

Kadang kala ada juga beberapa ekor anjing yang pada mulanya agak pemalu. Jika anjing juga perlu makan mereka akan mula mencuri makanan kucing kucing ini.

Kini Glen membawa ENAM beg makanan kering seberat 7kg dan lebih kurang 40 tin makanan basah dalam SATU malam!

Dia kira kira kesemua ini berjumlah dalam $100 (RM400++) sehari!

Glen lakukan semua ini sudah lebih sedekad yang lalu.

“Ini adalah mengenai kehadiran saya untuk haiwan haiwan yang dibenci oleh kebanyakan manusia, keluar setiap malam, dihujani, dalam keadaan hujan ribut atau kepanasan cuaca malam, apabila saya sakit.”

Apabila kami mengatakan setiap malam, ini bermakna pada hari cuti perayaan juga Glen tidak gagal untuk memberi makan kucing kucing jalanan ini.

Glen meluangkan masa setiap malam menyelamatkan nyawa jalanan ini yang sangat teruja apabila melihat kehadiran Glen

“Saya sedikit gemuruh keluar pada waktu malam untuk memberi makan kepada kucing kucing jalanan saya kerana terdapat ramai orang yang mabuk. Saya risaukan keadaan haiwan haiwan di jalanan ini dengan bunyi mercun bunga api segala ini (tahun baru). Masyarakat di sini tidak mengambil peduli kebarangkalian haiwan haiwan di sini boleh cedera disebabkan bunga api ini.”

 “Ini merupakan hari yang menakutkan bagi saya berbanding hari yang penuh keriangan, tapi apa apa pun, SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.”

 

Semua ini dilakukan dengan wangnya sendiri dan juga melalui derma yang diterima.

Apabila dia berjaya menangkap kucing kucing jalanan ini dia juga akan membayar menggunakan wangnya sendiri untuk dikembiri dan dimandulkan kucing kucing tersebut.

Setakat ini sudah 1/2 haiwan haiwan jalanan yang dia sudah memberi makan, kembiri dan juga dimandulkan.

Yang gembiranya, dia juga mampu mencarikan rumah tetap untuk kucing kucing jalanan ini. Namun apabila ramai manusia kerap membuang kucing, maka bertambahlah kucing kucing yang perlu diberi makan oleh Glen.

Berbanding dengan Malaysia, pengabaian haiwan di pulau ini sangat membimbangkan.

Takkan dia hendak berdiam diri sahaja apabila haiwan haiwan ini perlukan makanan.

Walaupun letih fizikal dan mental, semangatnya yang kuat memotivasikannya untuk meneruskan rutin menyelamatkan ini.

“Walaupun kadang kala saya sakit mental dan fizikal saya masih kuatkan semangat kerana haiwan haiwan ini memerlukan bantuan dan juga makanan.”

Aktiviti ini turut juga membahayakan dirinya sendiri.

Jalanan di Puerto Rico tidak semestinya penuh kegembiraan dan bantuan orang ramai yang rela hati membantunya.

Ada SEBAB kenapa Glen tidak melakukan aktiviti pemberian makanan ini di siang hari.

Dia pernah ditumbuk di muka dan disembur dengan spray lada dari pistol air. Dia juga mendapat no plat individu yang menyerangnya tetapi tiada apa apa tindakan dari pihak berkuasa.

Apabila dia berkata kebanyakan manusia yang bah4ya pada waktu malam, tidak menganggunya, yang hairannya penduduk di kejiranan tersebut yang selalu mengelak darinya.

Mereka percaya kucing kucing yang memberikan kejiranan tersebut imej yang buruk.

Dia sering diganggu dan diancam tanpa henti.

Glen juga perlu memanggil polis dalam sekali ke dua kali. Dia sering memerlukan bantuan polis dalam rondaannya untuk memberikan kucing kucing jalanan makanan.

Sebagai balasan, dia gembira untuk membantu polis Puerto Rico dalam banyak kes kes kejaman haiwan.

“Saya menjerit sekuat hati saya. Dan masyarakat di sini lebih bencikan saya. Saya pernah dilukakan. Saya perlu melindungi diri saya sendiri. Saya ada individu yang mengancam saya.”

 

Kebanyakan penduduk tempatan di situ tidak sukakan kucing jadi mereka tidak suka Glen membantu kucing kucing tersebut.

Walaupun dia membantu mengawal populasi kucing jalanan dan liar di situ.

“Terdapat banyak jalanan kini di mana saya perlu memberi makan kucing secara sembunyi dan tergesa gesa serta panik kerana ingin mengelakkan dari ancaman manusia atau ada yang cuba untuk mencederakan saya.”

“Perkara ini sangatlah jelas kesalahannya dan mencerminkan bahawa individu di sini kurang sifat prihatin dan belas kasihan. Siapa yang nak telefon polis setiap malam hanya untuk memberi makan haiwan haiwan yang kelaparan ini? Ini sangat mengarut!”

The Cat Man of Puerto Rico

This guy is 100% PAWSOME! … Glen literally feeds hundreds of stray and feral cats every night ?*He also spays and neuters as and when he can :)This is what Glen wrote…Please help. As honestly as I can say it: I can't do all this with the cats anymore but I somehow do it every night. I feel sick and exhausted mentally and physically, but still push myself for these animals who need help and food. I am very unhappy living in Puerto Rico, where I feel strongly the total lack of empathy and compassion for the animals and deal daily with too many scary people who seem heartless.Endless harassment, threats, and abuse from people. There are numerous streets now where I have to "sneak" and feed the cats there in rushed panic, to avoid people threatening or trying to hurt me, this is wrong on so many levels and reflects the lack of compassion here, but I do it and feel the panic each night so these animals can at least eat. Who wants to have to call the police every night in order to feed starving animals? It is wrong, ridiculous…………. I have no money left for the cats at this moment.Please help me to continue to care for the over 250 animals who depend on me daily <3DONATE HERE: https://www.paypal.me/glencatsGlen Venezio – https://www.facebook.com/glenPR#CatManOfPuertoRico

Posted by Cat Man Chris on Thursday, 8 November 2018

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment