Saintis Menemui Spesis Kucing Baru Yang Digelar Cat-Fox (Kucing Musang)

Pengkaji dari National Office for Hunting and Wildlife (ONCFS) menemui spesis kucing baru yang digelar cat-fox (kucing musang) yang ramai menganggap haiwan ini adalah mitos semata-mata.

Kredit foto: ONCFS

Dikenali sebagai cat-fox dalam bahasa Inggeris atau sebagai ghjattu volpe dalam bahasa Corsican serta chat renard dalam bahasa Perancis, kucing ini kelihatan seperti kucing domestik biasa namun agak berbeza dalam beberapa cara.

Kredit foto: ONCFS

Kepanjangan kucing domestik biasa adalah 46cm manakala kepanjangan kucing musang ini sepanjang 90cm dari kepala hingga ke ekor. Panjangnya!

Kredit foto: ONCFS

Kucing musang juga mempunyai gigi taring yang lebih panjang, misai yang pendek dan telinga yang lebih lebar. Ciri-ciri penting adalah pada ekornya iaitu terdapat corak 4 gegelang hitam dan hujungnya berwarna hitam.

Kredit foto: ONCFS

Haiwan ini ditangkap menggunakan kaedah yang tidak membahayakan bersama 12 ekor lagi kucing musang yang lain sejak tahun 2016. Dianggarkan kesemua 16 ekor ini berasal dari Corsica.

Kredit foto: ONCFS

Para pengkaji berharap dalam beberapa tahun lagi kucing musang akan diiktiraf secara sah dan dilindungi.

Kredit foto: ONCFS

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment