Saintis Menemui Jawapan Kepada Kenapa Kucing Makan Rumput

Kita semua tahu yang kucing makan rumput untuk membuatkan mereka muntah.

Ia sepatutnya untuk melegakan perut kucing apabila mereka rasa sakit. Tapi macam mana kalau teori  ‘makan rumput melegakan kucing’ ini bukan sepenuhnya betul?

Pengkaji di University of California Davis School of Veterinary Medicine, menjalankan kajian yang mungkin mengubah presepsi anda mengenai apa yang anda tahu mengenai kenapa kucing memakan rumput.

Perkara pertama yang pengkaji ini mendapati adalah memakan rumpun adalah tingkahlaku biasa bagi kucing di setiap lapisan umur. Hanya 11% dari kucing yang terlibat dalam kajian ini tidak memakan rumput.

Dari kesemua kucing yang makan rumput, hanya suku dari jumlah kucing yang muntah selepas itu. Ini adalah statistik pertama yang mempersoalkan teori sebelum ini yang kucing makan rumput untuk muntah.

Untuk melihat dengan lebih lanjut, pengkaji mengambil nota sama ada ya atau tidak kucing menunjukkan simptom tidak sihat sebelum makan rumput. Perkara ini agak sukar kerana tidak semua pemilik kucing tahu yang kucing mereka sakit atau sihat kerana kucing sememangnya pakar dalam menyembunyikan kesakitan mereka.

Dari kesemua kucing yang makan rumput, 91% menunjukkan tiada tanda tidak sihat sebelum makan rumput. Seekor atau dua ekor kucing dilihat memakan rumput tanpa ada sebab yang jelas yang mungkin adalah satu kebetulan, namun majoriti kucing-kucing ini tiada tanda-tanda sakit.

Menemui teori baru

Dengan segala data-data dan bukti, pengkaji mula melihat sebab yang lain kenapa kucing makan rumput. Satu teori adalah tingkahlaku yang berdasarkan naluri. Sebelum ini sebelum kucing didomestikkan, kucing terpaksa melindungi diri sendiri dari parasit. Parasit usus adalah ancaman yang biasa berlaku selepas memakan tikus yang dijangkiti parasit. Salah satu cara yang kucing tahu untuk menghapuskan parasit ini adalah dengan memuntahkan apa yang dimakan. Dengan memakan rumput membolehkan kucing memuntahkan apa yang dimakan sebelum ini.

Pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakan kes, kucing memakan rumput bukan kerana mereka rasa tidak sihat, ianya hanya kerana kucing sukakannya. mungkin kucing merasakan rumput adalah snek yang lazat dan mudah didapati. Jadi sekiranya anda mendapati kucing anda memakan rumput, anda tidak perlu risau kalau-kalau kucing tidak sihat. Tapi anda seharusnya mengawal rumput yang kucing anda makan, dikhuatiri rumput tersebut baru diracun.

Apa kata anda? Jom bincang di ruangan komen

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment