Saintis Menemui Ikan Paus Berusia 268 Tahun!

Memang betul lah kan spesis ikan besar-besar semuanya jenis hidup lama…

Ikan paus bowhead dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga 268 tahun. Ini bermakna yang ikan-ikan paus ini sudah berenang di lautan selama berzaman-zaman lamanya.

Ikan paus bowhead tinggal di Artik dan salah seekor makhluk lautan yang paling misteri. Walaupun pada mulanya para saintis percaya yang ikan paus bowhead boleh hidup sehingga 211 tahun, kini satu kajian baru mendapati yang ikan ini mempunyai hayat yang lebih lama.

Pengkaji dari Australia menggunakan ‘jam’ genetik untuk menganggar hayat ikan paus bowhead. Mereka lakukan ini dengan mengkaji 42 gen dan menjalankan proses kimia yang dipanggil methylasi.

Proses ini boleh digunakan untuk menganggar jangka hayat ikan paus.

Dr Benjamin Mayne dari Canberra’s Commonwealth Scientific and Industrial Research Organization menjelaskan yang kajian mereka juga melihat jangka ayat hidupan yang lain. Walaubagaimanapun ikan paus bowhead terbukti mempunyai jangka hayat yang paling panjang.

Menurut Dr Mayne,

“Vertebrata kebanyakannya mempunyai kepelbagaian jangka hayat yang besar dari pygmy goby, ikan tropikal yang hanya mampu hidup selama 8 minggu sehinggalah ke ikan paus bowhead.

“Ianya sangat menakjubkan untuk memikirkan yang terdapat haiwan yang mampu hidup sehingga hampir tiga abad dan mungkin hidup sejak Kapten Cook pertama kali tiba di Australia.”

Para saintis sudah lama percaya yang ikan paus bowhead mempunyai jangka hayat yang lama. Pada tahun 2007, seekor ikan paus ditemui dengan cangkuk harpoon berusia 200 tahun masih terlekat pada tubuhnya.

Allah maha besar kan… Dunia lautan sememangnya masih misteri buat manusia.

BACA JUGA: Jerung berusia 400 tahun ditemui

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

 

Leave a comment