Rupa-Rupanya Kucing Terikat Kepada Pemiliknya Sama Caranya Dengan Kanak-Kanak Terikat Kepada Ibu Bapa Mereka

Saintis di Oregon State University menjalankan satu kajian dan membuktikan yang kucing boleh membentuk ikatan yang kukuh bersama pemiliknya.

Ini bermakna yang walaupun kucing kelihatan seperti suka menyendiri dan berlagak tapi sebenarnya kucing benar-benar menjaga kita dan menganggap kita sebagai penjaga mereka.

Saintis menemui fakta yang menarik mengenai kucing!

Kajian tingkahlaku ikatan melibatkan bertemuan semula kanak-kanak bersama ibu bapa atau penjaga mereka selepas perpisahan tempoh yang seketika. Sebelum ini, pengkaji mendapati yang bayi manusia, anak monyet dan anak anjing boleh membentuk ikatan secara kukuh atau tidak kukuh kepada ibu bapa mereka. Secara semulajadi, saintis memutuskan untuk mengkaji teori ini ke atas anak kucing juga.

Kajian menunjukkan yang kucing juga boleh membentuk ikatan yang kukuh terhadap pemilik mereka…

Jadi, saintis menemui yang sebanya 2 per 3 atau 65% anak kucing sangat kukuh ikatannya bersama pemilik mereka. Tambahan lagi ikatan ini kekal hingga ke alam dewasa. Peratusan kadar kekukuhan ikatan ini hampir sama dari apa yang ditemui pada bayi manusia juga.

…sama seperti anjing, monyet malah bayi manusia!

Tapi apakah itu ikatan yang kukuh atau tidak kukuh ni? Mudah saja sebenarnya. Ikatan yang kukuh bermakna apabila pemilik kucing kembali kepada anak kucing ini, anak kucing akan memberi perhatian kepada pemilik mereka sambil meneroka keadaan sekeliling. Manakala ikatan yang tidak kukuh bermakna, anak kucing tersebut menunjukkan tingkahlaku yang tertekan, mengelak dari pemilik dan menunjukkan bahasa tubuh yang gelisah.

Ini bermakna 2 per 3 kucing melihat pemilik mereka sebagai penjaga malah ibu bapa kucing itu sendiri

Awwww sweetnya

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment