Rubble Kucing Tertua Yang Masih Hidup Di Dunia Sambut Hari Lahirnya Yang Ke 31, Tahun Ini.

Rubble seekor kucing baka maincoon dikatakan antara kucing yang tertua yang masih hidup di dunia menyambut hari lahirnya yang ke 31 tahun pada bulan Mei yang lalu.

Kredit gambar:SWNS

Pemilik Rubble, Michele Foster berkata dia memiliki Rubble sejak tahun 1988 sewaktu usianya dalam lingkungan 20an.

Saya menerima Rubble sebelum saya menyambut hari lahir saya yang ke 20”

Kredit gambar: SWNS

Menurut Michele, walaupun Rubble seekor kucing yang penyayang ada kalanya Rubble bersifat pemarah mungkin kerana usianya yang sudah lanjut.

Rubble seperti manusia yang berumur 137 tahun merupakan kucing yang tertua yang masih hidup di Eropah. Menurut Guinness World of Record, kucing tertua di dunia dimiliki oleh Creme Puff yang lahir pada 3 Ogos 1967 dan hidup selama 38 tahun 3 hari. Creme Puff m4ti pada 6 Ogos 2005.

Kredit gambar: Wikimedia

Michele berkata walaupun kucingnya yang berumur tu tular dan terkenal, dia ingin mengurangkan pendedahan kucingnya kepada umum kerana faktor usia.

Rubble sudah tua, kami tidak mahu perhatian yang terlampau kepadanya. Kami hanya mahu Rubble hidup dengan baki usianya dengan aman dan tenteram”.

Kredit gambar: SWNS

Doktor veterinar Rubble, Shaun Moore berkata walaupun Rubble agak berusia namun kesihatan Rubble masih dalam tahap yang ok. Rubble mengambil ubat untuk masalah tekanan d4rahnya selain dari itu Rubble merupakan kucing tua yang masih sihat dan kuat.

Kredit gambar: SWNS

Michele percaya bahawa rahsia Rubble umur panjang adalah dia sering manjakannya seperti anaknya sendiri kerana dia tidak mempunyai anak jadi Rubble lah tempat dia mencurahkan segala kasih sayang dan perhatian.

Semoga panjang umur dan sentiasa sihat sejahtera.

p/s: nak kucing panjang umur silalah m4ndul/kasi kucing anda yea. Sama pulak birthday MM dengan rubble ni.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment