Risau Kucing Buncit Sebab Kecacingan, Rupa-Rupanya Gemuk Sahaja

Kalau dah sayang kucing tu secara automatik kita jadi over protective bukan?

Perasan benda pelik saja cepat-cepat jadi bimbang tak tentu pasal kan?

Wanita dari Thailand baru-baru ini berkongsikan kisah lucu di Twitter mengenai anak kucing kecilnya yang buncit sehingga dia ingatkan yang anak kucingnya sakit. Jadi dibawanya anak kucing tersebut ke veterinar untuk pemeriksaan.

Dia berkata yang dia lihat anak kucingnya perut buncit jadi mungkin kerana kecacingan.

Jadi dia ke veterinar untuk diperiksa anak kucing tersebut. Walaubagaimanapun selepas diperiksa dan diimbas sinar X, doktor veterinar berkata yang anak kucingnya sihat sahaja.

Apa sebab perut anak kucing tu buncit?

Rupa-rupanya doktor berkata yang anak kucing tersebut hanya terlalu gemuk dan tiada apa masalah kesihatan pun.

Tweet tersebut menjadi tular kerana sangat melucukan hati semua pencinta kucing termasuklah MM ni ha.

Dia juga berkongsikan beberapa gambar anak kucing buncitnya itu.

Geramnya tengok rasa macam nak picit-picit saja!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment