Resipi Treats (Snek) Untuk Kucing Anda

Treats ni apa? Well.. treats ni macam snek la untuk kucing kita. Kat pasaran banyak juga pilihan treats yang ada namun macam mana nak pilih yang terbaik untuk kucing kita?

Treats yang berada di pasaran sana kita tahu kan mesti ada pengawet dan perasa tambahan yang tidak elok untuk kucing. Tapi apa kata kita buat sendiri sahaja treats ni? Bila lagi nak masak masak untuk si bulus kita kan? Ok jom kita tengok resipi resipi yang ada

#1 Treats kucing yang kenyal

Kredit Gambar: Joy The Baker

Diambil dari Joybaker,  treats yang kenyal ini mesti menarik untuk kucing anda. Sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini menghasilkan dalam 50 biji treats yang kecil kecil.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji telur saiz A
  • 1-4 oz makanan basah kucing
  • 1/4 cawan daun sup cincang
  • 2 sudu kecil minyak zaitun (minyak kelapa sawit pon boleh)
  • 2 sudu besar air
  • 1 cawan tepung beras perang
  • 1/2 cawan nasi putih atau nasi beras perang
  • anda boleh tambah 1 sudu besar serbuk catnip

CARA-CARA

  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 165 celsius
  • Dalam mangkuk, pukul telur bersama makanan basah kucing, daun sup, minyak dan air. Tambah tepung beras perang dan nasi. Gaul sehingga sebati.
  • Tuang campuran di atas tray pembakar yang sudah dilapik dengan kertas minyak. Ketebalan dalam 1/3 inci.
  • Bakar dalam 12-15 minit.
  • Biarkan sejuk seketika supaya mudah untuk dipotong.
  • Bakar lagi sekali selama 8 minit kepingan treats yang dipotong kecil kecil.
  • Biarkan sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

#2 Kruton Tuna dan Catnip

Cef Becky Hardin di The Cookie Rookie menyediakan kruton tuna dan catnip yang sangat menyelerakan untuk kucingnya. Ingatan ya, jangan nak tambah kruton ini dalam salad uols! hehe

BAHAN BAHAN:

  • 5 oz tuna dalam tin (buang air)
  • 1 cawan tepung kelapa (untuk texture yang lebih pekat dan melekit anda boleh guna tepung gandum atau tepung oat)
  • 1 sudu besar extra light minyak zaitun (minyak kelapa sawit pon why not)
  • 1 sudu besar catnip kering
  • 1 biji telur
  • 1-2 sudu besar air (tambah air jika anda mau doh lebih melekit)

CARA-CARA:

  • Panaskan oven 177 celsius dan lapik tray pembakar dengan kertas minyak. Letak tepi.
  • Campurkan tuna, telur, tepung kelapa, air, minyak dan catnip. Masukkan dalam pemproses makanan sehingga campuran licin dan sebati.
  • Campuran ini agak berbeza dari doh yang normal. Ia tidak berapa melekit dan agak bertepung.
  • Bentukkan doh seperti kruton dan susun di atas tray pembakar.
  • Bakar selama 12-15 minit sehingga keperangan. Tak mengapa jika agak sedikit terbakar, kita mahu ia rangup.
  • Biarkan sehingga sejuk
  • Simpan di dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk tahan lama. Sebabkan ia mengandungi telur dan tuna jangan simpan melebihi seminggu.

#3 Treats bayam dan ayam

Kredit Gambar: Pop Sugar

Sarah Lipoff kongsikan resipi treats kucingnya yang agak fantastik di Popsugar. Rekaan resipi treats yang bagus dalam menggabungkan kebaikan ayam dan bayam dan pastinya kucing anda akan minta minta dan minta lagi.

Jika kucing anda tak menggemari ayam boleh jer tukar ikan tuna atau salmon. Amboi salmon kauuu…

BAHAN BAHAN:

  • 8oz isi ayam yang distim
  • 1 cawan daun bayam segar
  • 1 cawan oat
  • 1 biji telur 1 organic brown egg
  • 1 sudu besar catnip kering
  • 1/4 cawan tepung

CARA CARA:

  • Panaskan oven 177 celsius.
  • Masukkan isi ayam, oat, daun bayam, telur dan catnip dalam blender atau pemproses makanan sehingga campuran sebati. Texture campuran tersebut hendaklah seperti pasir basah.
  • Masukkan campuran dalam mangkuk dan tambah tepung. Uli doh sehingga tidak lagi melekit.
  • Dengan menggunakan rolling pan, bentukkan doh menjadi segiempat besar yang mempunyai ketebalan dalam 1/2 inci. Dengan menggunakan pisau pizza, atau pembentuk biskut potong doh tersebut kepada kepingan kepingan kecil.
  • Susun kepingan kepingan tersebut di atas tray pembakar dan bakar selama 20 minit.
  • Biarkan sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

#4 Treats Ayam

Terima kasih kepada geng  Modern Cat, resipi yang mereka sediakan in sangat mudah untuk dibuat di rumah.

BAHAN BAHAN

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan  isi ayam cincang yang sudah dimasak
  • 1 sudu besar minyak kelapa sawit
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu besar catnip (ikut suka nak letak atau tidak)

CARA-CARA

  • Panaskan oven 177 celsius.
  • Campurkan kesemua bahan sehingga menjadi doh yang melekit
  • Bentukkan bola bola kecil dan susun di atas tray pembakar yang sudah dilapik dengan kertas minyak
  • Leperkan bola bola tersebut mengikut saiz yang anda mahu
  • Dengan menggunakan api atas dan bawah bakarkan selama 20 minit
  • Sejukkan sebelum simpan di dalam bekas kedap udara

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment