Resipi Kek Hari Jadi Khas Untuk Kucing Anda

Hari jadi kucing anda nak hampir tiba dan anda ingin buatkan sesuatu yang istimewa buatnya? Rasa macam nak buat kek untuk si bulus anda?

Kali ni MM kongsikan resipi untuk membuat kek khas untuk kucing anda.

Kek tuna

Bahan-bahan

  • I cawan tepung wholemeal
  • 2 tin tuna
  • 60 ml minyak zaitun (minyak masak pun ok)
  • 1 kapsul minyak ikan (pilihan)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk catnip
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk, pukul telur bersama minyak dan minyak ikan. Panaskan oven anda 180 °C (356°F), dengan api atas bawah oven.
  2. Keluarkan air dalam tin tuna masukkan dalam campuran tadi.
  3. Campurkan serbuk catnip dan teruskan memukul. Selain menenangkan kucing serbuk catnip ini membuatkan kucing anda lebih teruja untuk makan kek ini.
  4. Ayakkan tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam adunan tadi. Pastikan hanya menggunakan tepung wholemeal sahaja untuk pastikan kucing anda tiada masalah untuk menghadamnya.
  5. Sapukan minyak pada bekas kek, tuang adunan tersebut dan bakar selama 30-45 minit dengan hanya menggunakan api bawah.
  6. Sejukkan dahulu sebelum menjamu kucing anda.

Dengan jumlah bahan yang sedikit kita hanya membuat kek yang bersaiz kecil sahaja kerana jika dilakukan dalam saiz yang besar dikhuatiri tidak bersesuaian dengan kucing anda. Jika makan terlalu banyak mungkin akan menyebabkan kucing anda muntah-muntah, cirit-birit lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda makan dengan terlalu cepat.

Kek daging

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung wholemeal
  • 60 grams of daging rebus yang dicincang (ikut suka nak guna daging apa. Ayam/ daging)
  • 60 ml minyak zaitun/ sawit
  • Setengah batang lobak disagat
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 °C (356°F) dengan api atas dan bawah.
  2. Dalam mangkuk pukulkan minyak bersama telur.
  3. Kemudian tambahkan daging dan lobak kemudian pukul sehingga semua bahan bergabung.
  4. Tambah tepung yang sudah diayak bersama baking soda.
  5. Tuang adunan tersebut di dalam bekas yang sudah disapu minyak. Bakar selama 30-45 minit dengan hanya menggunakan api bawah sahaja.
  6. Sejukkan dahulu sebelum menjamu kucing anda.

Kek kucing vegetarian

Walaupun kucing adalah haiwan karnivor oleh kerana pendomestikan spesis ini kucing sudah berevolusi dan dapat menyesuaikan sistem penghadaman mereka dengan makanan seperti labu, lobak, kacang pea, strawberi, tembikai atau epal tanpa ada masalah langsung.

Bahan-bahan

  • 1 setengah cawan tepung wholemeal
  • 1 biji buah pic
  • 1 biji buah pear
  • 1 telur
  • 60 ml minyak zaitun/sawit
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk pukulkan telur, minyak dan madu. Panaskan oven anda 180° C (356°F) dengan api atas dan bawah.
  2. Kupas kesemua buah buang segala biji dan teras. Purikan atau anda boleh cincang buah-buah tersebut.
  3. Campurkan puri buah tersebut bersama campuran tadi dan pukul sehingga sebati. Anda boleh sahaja tukar buah-buah tersebut dengan buah-buahan yang lain atau sayur-sayuran yang disebutkan di atas.
  4. Tambahan tepung yang sudah diayak bersama baking soda.
  5. Tuang ke dalam bekas yang sudah disapu minyak dan bakar selama 30-45 minit dengan hanya menggunakan api bawah.
  6. Sejukkan dan jamu kucing anda.

Madu banyak memberi kebaikan pada kucing sebab itulah ditambah dalam resipi kek kucing vegetarian ini. Madu juga tinggi dengan tenaga dan sangat antibakteria. Sebab itulah anda boleh berikan kepada kucing anda secara terus dengan menggunakan sudu plastik.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment