Resipi Khas Untuk Kucing Yang Sembelit, Diabetes dan Alergi

Kucing mudah untuk mendapat penyakit yang juga dihidapi manusia dan diet yang betul memberi impak yang besar dalam proses penyembuhan.

Resipi yang MM share ni direka oleh veterinar dan pakar nutrisi dan selamat. Walaubagaimana pun, sila rujuk dengan vet anda sebelum mencuba resipi ini. Jom kita mula dengan resipi makanan untuk kucing yang bermasalah kesihatan yang tidak begitu serius.

DIET UNTUK MELEMBUTKAN NAJIS

Diet ini untuk diberi kepada kucing anda yang mempunyai masalah membuang najis atau sembelit. Hidangkan kepada kucing anda dua kali sehari. Anda mungkin ingin menambah brewer yeast yang sudah dihancurkan jika kucing anda suka dengan rasa tersebut.

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar makanan bayi berasaskan sayur dan ayam (pastikan tiada bawang dalam makanan bayi tersebut)
  • 1/2 sudu kecil mentega yang cair
  • 1/8 sudu kecil psyllium husks (ada kebanyakan di kedai-kedai barangan kesihatan)
  • 1/8 sudu kecil serbuk bran
  • 2 sudu besar air (ikut konsistensi yang anda mahu)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan dan jangan terlalu cair sangat.

DIET DIABETES¹

Jangan anggap manusia saja boleh hidap diabetes. Kucing pon boleh terkena diabetis jika tidak kawal pemakanannya.

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan isi ayam mentah
  • 1/2 cawan hati ayam mentah
  • 1/2 cawan serat (nasi beras perang atau oat (dimasak))
  • 1/4 cawan zukkini mentah (lobak mentah atau kacang buncis (dimasak) kisar halus)
  • air pati sayuran untuk melembabkan campuran

Cara-cara

Campurkan sahaja kesemua bahan

Pakar Nutrisi kucing Anitra Frazier berkata,

“Matlamat resipi ini adalah untuk menguatkan pankreas, mengurangkan parut, mengurangkan keperluan insulin, mempertingkatkan penghasilan insulin, menggantikan nutrin yang hilang di dalam urin disebabkan oleh stress dan mengelakkan komplikasi utama berkaitan dengan diabetis”.

DIET ALERGI²

Kucing pon ada alergi ya. Sebagai contoh cirit birit, gatal-gatal dan simptom biasa alergi.

Diet ini adalah diet untuk ujian alergi. Makanan yang menjadi punca alergi termasuklah daging lembu, gandum, susu, keju, telur, kekacang, buah, tomato, lobak dan yis. Jika simptom alergi kucing anda hilang selepas mengambil diet ini tetapi muncul semula apabila kembali kepada diet asal, ini berkemungkinan yang satu atau lebih bahan dalam diet asal kucing anda merupakan punca alergi.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi beras perang
  • 32 oz daging kambing cincang (kambing mahal kan boleh tukar ke daging lembu)
  • 4 sudu kecil bonemeal (atau 2,400mg calcium atau 1 1/3 sudu kecil serbuk kulit telur)
  • 2 sudu besar minyak sayuran

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan. Sejukbekukan 2/3 daripada portion diet ini. Selebihnya boleh dihidangkan kepada kucing anda selama 8-10 hari.

MENAMBAH SUPPLEMENT DAN VITAMIN DALAM DIET KUCING ANDA

  • Supplement vitamin lengkap untuk kucing yang tiada mengandungi yis
  • Vitamin C (serbuk sodium ascorbate) 200-400 mg. setiap hari.

¹Dipetik dari The New Natural Cat by Anitra Frazier.

²Dipetik dari Dr. Pitcairn’s Complete Guide to Natural Health for Dogs and Catsby Richard H. Pitcairn, D.V.M, Ph.D. and Susan Hubble Pitcairn.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment