Reaksi Kucing Apabila Melihat Rakannya Yang Sudah Mati Pastinya Menyentuh Perasaan Anda

Seekor kucing bewarna coklat telah m4ti akibat penyakit barah yang dihadapinya.

Oleh yang demikian, tuan kucing tersebut memberi peluang kepada kucing keduanya yang berwarna jingga untuk melihat rakannya buat kali terakhir. Suasana pilu menyelubungi seakan-akan kucing jingga tersebut turut mengalirkan air mata.

Kucing itu dilihat mendekati dan mencium rakannya yang telah m4ti itu. Ternyata, tiada apa-apa yang boleh dilakukannya melainkan berasa hiba dan sedih atas pemergian yang tak disangka itu.

Kucing oren menjilat dan cuba menggerakkan badan rakannya dengan menggunakan kepalanya tetapi badan kucing coklat tetap kaku dan tak bergerak yang menyebabkan kucing oren tersebut tidak berjaya menggerakkan rakannya.

Setelah kucing oren itu puas memerhatikan rakannya, mungkin ia telah faham bahawa kucing yang sama-sama membesar dengannya itu sudah pun m4ti. Ia yang duduk di sebelah rakannya kelihatan sukar untuk menerima kenyataan.

Selepas kucing coklat itu diambil oleh tuannya, kucing oren tersebut dilihat masih susah untuk menerima hakikat. Ia turut duduk berdiam diri dan kadang kala berbaring di tempat rakannya selalu berbaring.

 

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment