Kucing Anda Luka? Baca Cara Rawatan Untuk Kucing Luka Ini. Pemilik Kucing WAJIB Baca

Tibanya musim meng4wan bagi kucing akan banyak kes kucing luka, bernanah dan berulat yang akan dihantar ke klinik veterinar kerajaan mahupun swasta.

Faktor kucing yang menghilangkan diri menyebabkan luka bertambah teruk dan seterusnya berulat dan membusuk. Kali ini MM hendak kongsikan beberapa cara rawatan kucing luka yang dikongsikan oleh NurFuzie untuk panduan pemilik bulus yang mempunyai masalah kucing yang luka ini. Perg4duhan antara kucing yang lain mungkin kerana berebutkan pasangan, berebut kawasan atau luk4 kerana dipukul, dil4nggar, terjatuh dari tingkat tinggi dan sebagainya. Luk4 yang sedikit perlu di beri rawatan segera untuk mengelakkan luk4 menjadi lebih kronik. Cara Merawat Kucing Luk4.

Cara Merawat Kucing Luk4 Biasa

  1. Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan
  2. Cuci dengan menggunakan iodin (boleh didapati di farmasi)
  3. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka
  4. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine
  5. Lakukan dressing ( step 4 hingga 6) setiap hari
  6. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran

Cara Merawat Kucing Luk4 Bengkak dan Bernanah

  1. Jika bengkak masih belum pecah, boleh tunggu atau boleh terus dapatkan rawatan antibiotik di klinik vet berhampiran.
  2. Jika sudah pecah, cuba keluarkan sehabis boleh nanah tersebut dan jangan tinggalkan sedikit pun. Ini untuk mengelakkan jangkitan semula.
  3. Cukur bulu bahagian luk4
  4. Cuci dengan menggunakan iodin
  5. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luk4
  6. Boleh letakkan krim luk4 atau acriflavine
  7. Lakukan dressing step 4 hingga 6) setiap hari
  8. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran

Cara Merawat Kucing Luk4 Berulat

  1. Jika terdapat ulat, sila pastikan rawatan secepat mungkin dilakukan. Ini kerana dalam masa 1 hari sahaja, ulat yang kecil boleh menjadi segemuk nya kerana ia memakan daging segar kucing itu sendiri
  2. Cuba cari tembakau dan masukkan dalam air, air tembakau dititiskan kedalam luk4 berulat untuk mem4tikan ulat. Selain itu, boleh gunakan arang, hydrogen peroxide dan diesel (diesel sesuai untuk anjing, kucing agak menyakitkan)
  3. Biarkan seketika, bila nampak ulat m4ti, boleh menggunakan penyepit untuk keluarkan ulat m4ti. Buang seboleh mungkin untuk mengelakkan jangkitan.
  4. Selesai buang cuba perhatikan, ada tak daging bewarna hitam, jika ada itu tandanya daging itu daging m4ti. Jika dipotong pun tiada lagi d4rah jadi jika ada gunting bolehlah digunting dan dibuang.
  5. Dan boleh Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan
  6. Cuci dengan menggunakan iodin
  7. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka
  8. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine
  9. Wound Spray boleh digunakan selepas meletakkan krim luka untuk mengelakkan lalat
  10. Lakukan dressing step 6 hingga 9) setiap hari
  11. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran

Yang penting pastikan tiada jangkitan selepas rawatan. Jika luka besar yang memerlukan jahitan, rujuklah kepada vet berhampiran. Jadi penting untuk sediakan satu beg untuk ubat kucing yang dipanggil First Kit Kucing untuk kegunaan masa kecemasan.

SUMBER: NurFuzie

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment