Ramai Yang Tidak Dapat Mengesan Haiw4n Misteri Dalam Gambar Ini.

Baru-baru ini, seorang jurufoto hidupan liar Saurabh Desai mengepos gambar yang dia rakam di Spiti Valley di utara India yang membuatkan netizen semua menggaru kepala.

Sekali imbas gambar tersebut kelihatan seperti gambar landskap yang ringkas namun terdapat ‘benda’ tersembunyi di dalam gambar tersebut.

Rupa-rupanya, Desai menangkap gambar seekor harimau bintang salji iaitu spesis kucing besar yang berasal di negara tersebut. Bulu harimau bintang salji tersebut betul-betul seperti bergabung dengan persekitaran sehingga sukar untuk mengesan kehadirannya dalam gambar tersebut.
Nampak tak harimau bintang salji dalam gambar tu?

Jika anda cuba dan gagal untuk mengesannya, anda tidak keseorangan.

Sedangkan penduduk tempatan yang menamakan spesis kucing besar ini ‘Shan’, pun mempunyai kesukaran untuk mengesan haiwan menakjubkan ini.

“Saya ingin merakam haiwan ini dengan cara bagaimana orang ramai mendeskripsikannya,” kata Desai. “Mereka berkata mereka tidak pernah nampak Shan, tapi Shan sentiasa memerhatikan mereka.”

Inilah petunjuk bagi yang masih tidak menjumpai Shan ini:

Ya, sememangnya semasa anda sibuk mencari, harimau bintang salji ini sudah lama perhatikan anda.

Tidak semua harimau bintang salji dalam gambar-gambar Desai sukar untuk dikesan namun kepakaran mereka dalam menyesuaikan diri di kawasan yang lasak menjadi cabaran untuk menemui haiwan ini.
Namun bagi Desai, semua ini berbaloi…

“Saya mengambil masa hampir tiga tahun dalam pencarian kucing hebat ini,”  katanya.

“Apabila saya menemui mereka dan dekat dengan saya, saya terpegun dan terkelu lidah.”

Terima kasih kepada usaha tanpa penat dan jemu Desai dalam mendokumentasikan haiwan yang cantik ini, jadi seluruh dunia boleh menghargai kecantikannya juga.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment