Raccoon Yang Buta Ini Membimbing Anak-Anak Kucing Terbiar Kepada Makanan Dan Terus Menjadi Ayah Kepada Anak-Anak Kucing Tersebut

Seorang pencinta haiwan bernama Eryn menjaga seekor raccoon yang buta. Raccoon tersebut tiba-tiba sahaja muncul dalam kebunnya. Namun pada satu hari Raccoon ini pulang bersama tetamu yang tidak dijangka….

Pada tahun 2009 yang lalu, seekor raccoon yang buta muncul dengan sendirinya di kebun Eryn seorang yang sangat bersemangat mengenai haiwan dan hidupan liar. Raccoon tersebut sangat mempunyai kesukaran untuk mencari makanan. Eryn yang melihat di tingkap rumahnya rasa kasihan melihat Raccoon malang tersebut.

Eryn yang tinggal di Illionois itu mula meninggalkan makanan untuk Raccoon tersebut. Dia juga memanggil raccoon tersebut dengan nama ‘Blind Raccoon’ dan kedua-duanya dengan cepat menjadi rakan.

Blind Raccoon jadi ayah jagaan

5 tahun berlalu (2014), Eryn masih menjaga mamalia kecil yang comel itu. Tiba-tiba Blind Raccoon membawa pulang dua ekor anak kucing berwarna hitam. Eryn terkejut dengan tindakan Raccoon ini.

Mengintai dari tingkap rumahnya, Eryn melihat dua ekor anak kucing yang kurus lemah itu mengikuti Blind Raccoon. Apabila anak kucing tersebut tiba di port makanannya, Blind Raccoon undurkan diri dan biarkan anak-anak kucing tersebut menikmati makanannya. Setelah selesai makan, Blind Raccoon membawa anak-anak kucing ini pulang semula ke dalam hutan.

Blind Raccoon seperti mengambil peranan sebagai ayah angkat kepada dua ekor anak kucing ini ataupun dua ekor kucing ini jadi bodyguard untuk menjaga raccoon yang kurang upaya ini.

Tidak lama kemudian, Blind Raccoon pergi buat selama-lamanya…

Selepas persahabatan selama 6 bulan, Blind Raccoon akhirnya mati. Tapi, Blind Racoon yang hidup selama 5 tahun ini sangat menakjubkan untuk raccoon yang buta untuk mampu hidup selama itu.

Sedihnya, dua ekor kucing tersebut kelihatan tidak tentu arah tanpa ayah angkat mereka raccoon itu. Nasib anak-anak kucing itu baik apabila Eryn mula membela anak-anak kucing tersebut untuk mengingati Blind Raccoon. Kini, sepasang kucing hitam ini tinggal bersama Eryn bersama-sama kucingnya yang lain bernama Squirt.

Kalau tidak kerana Blind Raccoon lah mana mungkin anak-anak kucing ini mampu hidup.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment