Perubahan Kucing Liar Yang Menemui Kasih Sayang Ini Pasti Menyentuh Perasaan Anda

Anda tidak pernah jangka apabila lihat Coconut sekarang yang kucing putih gebu ini pernah tinggal di jalanan sebagai kucing liar yang sangat agresif.

Dengan usaha dedikasi pasukan TNR (tangkap, kembiri, lepas), kucing terbiar ini berubah 360 darjah. Kisah transformasi kucing liar yang cacat ini menjadi kucing yang penyayang merupakan inspirasi buat semua penyelamat kucing dan pencinta kucing itu sendiri.

Kisah transformasinya bermula di jalanan Boston pada tahun 2016.

Coconut hidup di koloni kucing liar bersama lebih kurang 25 ekor kucing liar yang lain. Ada kucing kucing disitu sudah ditangkap dan dilepaskan semula selepas dikembiri setelah melihat pada telinga mereka yang dipotong sedikit. Kebanyakan kucing liar personaliti mereka tidak akan jinak dan kehidupan luar (outdoor) sahaja yang ia boleh terima. Bagi Coconut, ia duduk senyap kepalanya fokus ke tanah.

Pasukan dari  Boston’s Forgotten Felines, berjaya menangkap Coconut dan membawa ia ke veterinar di mana mereka menemui yang ia sangat tidak terurus.

Ekor kucing malang ini dipenuhi dengan sejenis bahan kimia yang nampaknya mengena matanya juga. Mungkin inilah sebab mengapa Coconut selalu menunduk ke bawah di mana cahaya matahari mungkin menyakiti matanya yang sensitif ini. Kaki belakangnya pula seakan akan tidak berfungsi apabila ia berjalan ia akan berbunyi hiss dan menderam ke arah manusia jika mereka mendekatinya.

Makanan berkulat dan juga diet yang tidak sihat punca ia diserang cirit birit yang kronik dan diserang kutu telinga. Coconut juga diserang URI (selesema kronik), UTI (infeksi pundi kencing) dan mata berair. Dia diberi kesemua suntikan yang diperlukan, dikembiri dan bulu kotor dicukur buang. Coconut juga disah mengidap FIV namun bukan isu yang major. Rancangan asalnya untuk melepaskan ia semula ke koloni liar setelah dikembiri namun setelah diperiksa dan positif FIV maka Coconut perlu dirawat lagi.

Coconut dibawa dalam penjagaan sementara sehinggalah ia sembuh.

Mereka berharap jika Coconut mula merasa sihat, ia akan berhenti berbunyi hiss dan menderam kepada manusia. Sangat sukar untuk membersihkan sangkarnya apabila ia bertindak agresif namun mereka tidak berputus asa. Coconut masih tidak memandang manusia yang menjaganya ini membuatkan mereka percaya yang Coconut mungkin buta dan atau pekak.

Joni Nelson, presisen Boston’s Forgotten Felines (BFF), lakukan apa yang dia mampu untuk mengurangkan stress Coconut. Ramai yang mencadangkan supaya Coconut dim4tikan kerana sifat agresifnya dan tidak mampu untuk menyesuaikan diri. Namun Joni tidak bersetuju dan dengan sabarnya mengendali Coconut setiap hari.

“Semalam ia sangat diam, tidak agresif seperti biasa semasa saya membersihkan sangkarnya. Ia makan, buang najis. Saya rasakan ia masih berasa bosan kerana saya banyak mengambil gambarnya dari meletakkan makanan lol.

Ia tidak pernah rasa nak merapi bersihkan diri sendiri dan saya sendiri mungkin tidak dapat membersihkan matanya tanpa diserang. 

Mengambil masa yang lama untuk ia membenarkan saya memegangnya. Pada mulanya hanya belaian di kepalanya sekejap dalam satu ke dua saat sahaja. Lama kelamaan ia benarkan saya membersihkan matanya.. Saya juga menerima dua luka gigitan yang dalam dan menyedari bahawa Coconut buta dan pekak secara tidak menyeluruh dan hanya melihat bayang bayang. Patutlah kenapa ia sangat agresif dan garang! Ia hanya ketakutan dan tiada siapa tahu penyeksaan yang ia alami sepanjang kehidupan di jalanan dalam keadaannya seperti itu”

Last Year: August 6, 2016"Big day for Coconut. Tonight he goes to his foster home with his cage for security. He will be in a room with his cage door opened so he can come in and out when he feels comfortable. Coconut had gone from a sickly, mean street cat to an affectionate clean guy. He has been in the cage so long he has no interest in coming out, not that it would be good for him to where he is right now. I left his door open by mistake one day and he never made a move to leave the cage so this foster will be exactly what he needs. At his pace. On his terms. I am so excited for Coconut. Will keep you updated." – Joni

Posted by Coconut's Journey on Khamis, 10 Ogos 2017

Penjaga yang lain dalam kumpulan tersebut Sherri Deluca tahu yang Coconut ini berbaloi walaupun setiap bunyi hiss, cakaran dan luka yang dihadapinya.

Dia tidak dapat bayangkan jika Coconut kehilangan nyawanya hanya kerana ia ketakutan kerana penglihatan dan pendengarannya yang sedikit kabur itu. Sherri menerima Coconut kenrumahnya untuk memulakan proses untuk cuba mensosialkan kucing liar ini.

“Biar saya beritahu ia bukanlah mudah. Kalau orang lain mungkin sudah putus asa. Namun dia berjaya. Terdapat banyak parut untuk membuktikan perjuangan ini namun dia tidak pernah putus asa terhadap coconut. Memerlukan banyak kasih sayang dan perhatian untuk coconut mula belajar erti kepercayaan dan kasih sayang.”

Perlahan namun pastinya Sherri dapat menawan hati keras Coconut. Ia berubah menjadi kucing yang penyayang dan benarkan Sherry mengangkatnya, menyayanginya, menggaru belakangnya dan siap peluk ya! Semua proses ini memerlukan dalam masa beberapa bulan untuk membina kepercayaan dan penghormatan bersama.

THIS IS WHAT LOVE CAN DO

FLASHBACK to JANUARY '17"Do you want to be held? Come here. Coconut. This is how far you've come.And then the scratchies, going to put you down.Hi Buddy! And then the plop is coming…plop.That's how far he has come. From "mean"street cat, to pretty nice turned out pretty friendly cat,still has some training to do, but he has definitely made a complete turnaround." – Awesome and Amazing Foster Mom – Sherri DeLuca ❤️

Posted by Coconut's Journey on Selasa, 21 Mac 2017

Ujian ini untuk menunjukkan jika Coconut membenarkan orang yang tidak dikenali membelainya seperti ini. Selepas meluangkan masa satu malam bersama ibu angkatnya yang lain pula, pahlawan kucing liar Ashley, Coconut benarkan dia melayannya dan menunjukkan tingkahlaku yang baik. Coconut kini sudah menjadi kucing indoor yang gembira!

“Coconut masih perlu didekati secara perlahan dan perlu menghampirinya di hadapan kerana ia pekak. Penglihatannha kini bertambah baik namun ia masih tidak mampu melihat 100%.”

Pada Jun 2017, Coconut berjaya diambilbela oleh seorang wanita yang caring dan hebat bernama Robin.

Kini Coconut menjadi kucing indoor yang penyayang dan diberikan perhatian setiap masa.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment