Pertemuan Semula Keluarga Ini Dengan Kucing Mereka Sangat Menyentuh Perasaan

SEGALANYA bermula pada November tahun 2015 lalu apabila satu keluarga di Iraq bertekad untuk meninggalkan tanahair yang tercinta akibat ser4ngan militan Daesh.

Seorang ibu dan lima orang anak berhijrah dari Mosul ke Lesbos, Greece. Mereka membawa harapan dan tidak mahu meninggalkan, kucing kesayangan mereka yang bernama Kunkush.

Dalam kekalutan bot mendarat, Kunkush hilang dan tidak dapat dikesan. Sementara itu, keluarga tersebut terpaksa meneruskan perjalanan ke Berlin dan akhirnya tiba di penempatan pelarian Norway tanpa kehadiran Kunkush.

Kucing ini telah terpisah dari tuannya ketika keluarga tuannya melarikan diri dari Iraq untuk mencari tempat berlindung di bumi Eropah. Semasa perjalanan melalui Greece, mereka telah terpisah dengan Kunkush.

Tanpa diketahui keluarga berkenaan, Kunkush sebenarnya ditemui oleh seorang nelayan Greece dalam keadaan bulunya kusut masai dengan luka diser4ng kucing lain.

Kunkush diselamatkan, diberi makan, dan dinamakan sebagai Dias iaitu nama dewa Zeus dalam bahasa Yunani.

Tiga orang sukarelawan Amerika Syarikat yang mendapat tahu kisah ini mula berkempen untuk mencari empunya kucing yang sebenarnya melalui laman Facebook Reunite Dias

Demi menyatukan Kunkush dengan tuannya, satu pencarian online antarabangsa telah dijalankan dengan harapan untuk menyatukan semula mereka.

Video pertemuan mereka sangat menyentuh hati.

Menitik air mata MM tengok video ni.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like pageĀ The Mamamiaow

Leave a comment