Untuk suka suka why not kan…. Mana tahu betul ke? Terima kasih untuk Tarot.com kerana menyediakan zodiak khas untuk kucing.
CAPRICORN (22 DISEMBER – 19 JANUARI)
Kucing capricorn merupakan kucing yang sangat bossy, pemalu dan serius. Kucing jenis ini akan mengekspresikan kesetiaan kepada anda dan mengharapkan perkara yang sama dari anda. Kucing capricorn tidak menerima ‘tidak’. Mereka sangat rajin dan fokus untuk mencapai target mereka. Jika anda menguncikan mereka dalam bilik, anda akan mendengar bunyi lolongan dan cakaran di pintu sepanjang malam sehingga lah anda memenuhi permintaan mereka. Anda akhirnya akan penuhi juga sebab kucing jenis ini sangat persuasif.
AQUARIUS ( 20 JANUARI – 18 FEBRUARI)
Anda mempunyai kucing yang unik lain dari yang lain? Alaaaa kucing yang mempunyai selera makan yang agak pelik, dan bermain dengan cara yang berbeza seperti kucing lain? Jadi kucing anda merupakan kucing aquarius. Kucing aquarius merupakan kucing yang mempunyai pengembaraan yang gila gila kerana gabungan kecerdasan, berdikari dan sifat eksentrik mereka. Kucing aquarius mudah untuk bosan jadi anda perlu selalu menghiburkan mereka. Jika tidak sifat ingin tahu mereka sering mengundang masalah. Kucing jenis ini mudah untuk diajar trick dan helah. Mana tahu boleh masuk program bakat kucing kan?
PISCES (19 FEBRUARI – 20 MAC)
Kucing Pisces yang suka berimaginasi merupakan impian kepada semua pemilik kucing. Sangat penyayang dan gembira, kucing pisces selalunya tenang dan memberi pengaruh ketenangan. Mereka tidak mendambakan perhatian sangat kerana mereka sentiasa berada di dalam dunia mereka sendiri, mereka suka tidur kerana mereka boleh mengejar tikus dan serangga dalam mimpi mereka. Kucing jenis ini mempunyai empathy yang tinggi terhadap perasaan pemilik mereka. Jika anda berasa sedih anda akan perasaan kucing anda tiba tiba mendekati dan berada dekat dengan anda sehingga anda berasa kembali ok.
ARIES (21 MAC – 19 APRIL)
Kucing Aries adalah kucing aktif yang suka mengejar dan mengendap m4ngsanya. Agresif secara semulajadi, kucing jenis Aries adalah kucing yang bukan jenis yang suka didakap dakap dibelai manja. Namun mereka mengekspresikan kasih sayang mereka dengan menghadiahkan kepada anda hasil buruan mereka. Berikan ganjaran kepada mereka dengan perhatian yang lebih dan masa bermain.
TAURUS (20 APRIL – 20 MEI)
Kucing taurus merupakan kucing yang suka dimanjakan. Mereka akan makan semua jenis kibbles yang anda beri– yang penuh aroma dan jenis basah merupakan kegemaran mereka. Mereka juga akan meminta sisa makanan manusia juga. Amboi lapar sangat ke??? Apabila kenyang kucing jenis ini akan duduk di atas riba anda dan meminta untuk dibelai. Gosok gosok la perut mereka, mereka tentu sukakan nya!
GEMINI (21 Mei – 20 Jun)
Anda rasa anda mempunyai hanya seekor kucing? Tidak jika kucing anda merupakan kucing Gemini. Kucing jenis ini mempunyai pelbagai personaliti. Seperti dua personaliti dalam satu kucing. Kucing Gemini sering berkomunikasi dengan manusia. Pendek cerita nya peramah laaa dengan miaow miaow tak berhenti henti. Mereka akan sering berbunyi jika ingin bermain, meminta makanan, mengharapkan perhatian tak kira masa. Merupakan kucing yang aktif, sangat ingin tahu dan jangan hairan jika kucing anda mengambil batu permata atau mengambil benda yang bersinar dalam beg anda hanya seronok sahaja.
CANCER (21 JUN – 22 JULAI)
Kucing yang agak penakut dan sentisitif merupakan kucing Cancer. Sweet, senyap dan penyayang. Kucing jenis ini lebih meyukai suasana yang tenang dan bunyi yang bising tidak mententeramkan mereka. Kucing ini sangat melindungi keluarganya termasuklah anak anak mereka dan KAMU. Kucing jenis ini suka mengikut anda kemana sahaja dan menunggu untuk dibelai. Jika anda tidak menjumpai kucing anda, anda boleh cari di bawah katil atau di dalam almari. Kadang kala mereka perlukan sedikit ruang dan suka menyembunyikan diri.
LEO (23 JULAI – 22 OGOS)
Jika kucing anda merupakan kucing yang sentiasa dambakan perhatian, kucing anda merupakan kucing yang bernaung di bawah zodiak Leo. Walaupun sudah diberi mainan yang mencukupi kucing anda tetap mencari anda untuk perhatian. Tinggal bersama kucing ini sangat dramatik. Mereka akan sentiasa melompat-lompat kegirangan mencari perhatian dan kadang kala akan menunggu anda untuk dilayan seperti raja. Jika anda tidak memberi perhatian yang mencukupi, bersedialah kucing jenis ini akan kencing di tilam anda dan mencakar cakar sofa anda. Amboi dia tuuuuu…
VIRGO (23 OGOS – 22 SEPTEMBER)
Kucing yang cerewet dan sukar untuk dipenuhi permintaannya adalah kucing Virgo. Mereka sering berbunyi Hiss dan akan menggigit anda jika mereka sedang marah. Namun tidaklah sukar sangat untuk menggembirakan kucing virgo. Sentiasa memberikan mereka makanan kegemaran mereka dan sentiasa memastikan kotak pasir mereka sentiasa bersih. Termasuklah bekas makanan mereka. Kucing jenis ini sangatlah pembersih dan kemas.
LIBRA (23 SEPTEMBER – 22 OKTOBER)
Bernaung di bawah planet yang cantik iaitu Venus, kucing Libra merupakan kucing yang cantik. Memiliki mata yang cantik, bulu yang lembut dan terurus. Kucing Libra akan menghabiskan masa yang banyak dengan grooming diri sendiri dan lebih banyak masa untuk bersosial jadi pastikan kucing Libra anda mempunyai teman. Kucing libra perlukan teman jadi anda perlu membela kucing lagi seekor supaya kucing anda tidak berseorangan di rumah. Kucing yang sesuai untuk menjadi temannya adalah kucing Gemini kerana sifatnya yang suka bermain dan bergurau ketika anda tiada di rumah. Apabila anda berada di rumah tiada masalah untuk menjemput kawan kawan anda datang ke rumah kerana kucing Libra anda akan senang hati memperkenalkan dirinya kepada mereka.
SCORPIO (23 OKTOBER – 21 NOVEMBER)
Kucing Scorpio merupakan kucing yang tegang, bersemangat, tidak dijangka dan sangat berdendam jika anda membuatkan ia cemburu dengan membelai kucing lain. Kucing jenis ini akan jadi sangat penyayang pada masa yang tertentu dan kemudian menjadi sangat garang tak tentu pasal. Kucing jenis ini sangat berahsia dan jangan terkejut jika anda menjumpai barang barang yang disorok olehnya seperti b4ngkai tikus m4ti. hehe
SAGITARIUS ( 22 NOVEMBER – 21 DISEMBER)
Jika kucing anda sering menghilangkan diri selama beberapa hari kemudian muncul semula dengan keadaan yang hmmmmm agak kotor dan tak terurus, itulah dia kucing sagitarius. Kucing yang suka mengembara, merayau tak tentu pasal mencari hiburan. Kucing jenis ini suka berjalan merata dan mengembara jadi ini meletakkan diri mereka dengan b4haya dunia luar. Jadi pastikan kawasan luar anda bebas dari bahaya. Kucing jenis ini juga merupakan kucing jenis cuai. Mereka sentiasa menjatuhkan barang barang anda dan menyepahkan mainan.