Personaliti Kucing Mengikut Warna Bulunya

Sama juga seperti manusia, kucing juga mempunyai personaliti yang tersendiri.

Ia dipengaruhi oleh jantina, faktor hormon, keluarga penjaganya atau proses sosial yang berkembang sejak dari bayi lagi.

Seperti yang kita tahu, kucing yang berlainan baka mempunyai personaliti yang berbeza. Namun untuk post kali ni MM kongsikan personaliti kucing mengikut warna bulunya. Terdapat ramai pakar yang menyimpulkan bahawa, melanin kucing dan dopamin (sejenis neurotransmit-bahan kimia di dalam badan yang membawa pelbagai signal ke otak), yang menghasilkan sesetengah jenis personaliti. Tapi benarkah kenyataan itu?

Jadi jom kita mengetahui personaliti kucing mengikut warna bulu mereka.

1. Calico

Kucing calico adalah kucing dimana warna dasar bulunya berwarna putih dan ditambah dengan dua tompokan warna yang berbeza.

Kucing calico mempunyai banyak personaliti yang boleh berubah dan memberi kejutan. Kebiasaannya mereka sangat aktif, suka bermain dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat. Tahukah anda kucing calico selalunya betina. Tiada kucing calico yang jantan. Jika ada pon, kucing tersebut mempunyai masalah sistem reproduksi.

2. Tortoiseshell

Sama seperti calico, tortoiseshell ialah kucing tompok dimana warna dasarnya adalah hitam. Kucing tortoiseshell adalah teman yang paling setia walaupun personalitinya sering berubah ubah.

Kucing Tortoiseshell hanya betina, sama seperti calico.

Kucing ini selalunya pemalu dan menjauhkan diri dengan orang luar namun apabila hubungan mula tercipta dengan kucing ini, ia akan mencurahkan kasih sayang yang tak terbelah bahagi kepada anda.

3. Piebald atau Dua warna

Kucing Piebald adalah kucing yang mempunyai warna dasar putih pada bulunya dan ditambah tompok warna yang lain. Sebagai contoh kucing tuxedo di atas. Atau kucing yang mempunyai belang seperti kucing tabby.

BACA JUGA: Fakta kucing tuxedo

Kucing seperti ini mempunyai personaliti yang stabil tetapi berubah ubah. Kadangkala kucing anda sangat menyayangi dan memerlukan perhatian dari anda, kadangkala ia menjauhkan diri apabila anda cuba mendekati.

4. Kucing oren

Kucing oren sememangnya penyayang dan sweet. Mereka lebih cenderung untuk berbunyi apabila mahukan perhatian, belaian dan kata-kata manja.

BACA JUGA: Fakta Kucing Oren

Dalam kesemua jenis kucing, kucing yang berwarna oren sentiasa peramah dan seringkali membenarkan sesiapa sahaja membelai mereka. Pendek ceritanya mesra alam lah.

5. Kucing hitam

Banyak mitos dan kepercayaan menganggap kucing hitam sebagai pembawa nasib malang. Namun begitu, kucing hitam cenderung menjadi pemalu, tetapi sangat penyayang. Jika anda memiliki kucing hitam, anda akan perasaan sesuatu yang berbeza diantara kucing anda yang lain. Kucing hitam lebih sensitif berbanding kucing yang lain.

BACA JUGA: Fakta kucing hitam

6. Kucing kelabu

Secara keseluruhannya, kucing kelabu mempunyai personality yang menyeronokkan, menghiburkan hati, nakal dan penuh kasih sayang. Kucing kelabu akan sering membenarkan anda menyentuh dan membelai mereka tanpa kehilangan sifat semulajadinya.

7. Kucing putih

Tidak disangkal lagi kucing putih memiliki personaliti yang kompleks dan sukar untuk difahami. Selalunya ia mengambil masa dan kesabaran dalam membentuk hubungan dengan kucing putih ni. Namun apabila berjaya, kasih sayangnya terhadap anda kekal sampai bila-bila.

BACA JUGA: Fakta kucing putih

Kucing putih seringkali pemalu, menjauhkan diri dan kasar terhadap individu yang tidak ia kenali. Berbeza pula dengan individu yang dipercayainya, kucing putih akan menjadi kucing yang sangat setia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment