Pernah Terfikir Tidak Kenapa Kucing Obses Dengan Papan Kekunci Anda?

Jika anda bekerja dengan komputer atau laptop dan anda mempunyai kucing, anda mungkin menyedari yang kucing anda selalu sangat mengganggu anda bekerja dengan duduk di atas papan kekunci anda? MM selaku blogger ni jangan cakaplah. Selalu sangat ada gangguan makhluk berbulu comel yang datang duduk di atas papan kekunci laptop mm ni.

Kucing adalah makhluk yang pelik. Jika anda pernah memiliki kucing atau pernah tinggal bersama-sama kucing sehingga dapat melihat ciri-ciri kelakuan mereka yang pelik jadi anda mesti sudah biasa dengan kelakuan mereka yang menjadi tanda tanya ini.

Kucing mahukan perhatian anda

Kucing anda hanya suka berada berdekatan dengan anda walaupun anda sedang bekerja kerana kucing seboleh-boleh akan mencari perhatian dari anda. Walaubagaimanapun, jika kucing anda melompat naik ke atas komputer anda, cuba berbicara dengan kucing anda dan belai kucing anda. Beritahu kucing anda secara lembut yang anda sedang bekerja dan kawasan komputer dan papan kekunci adalah kawasan yang tidak dibenarkan duduk. Walaupun kedengaran pelik sebenarnya kucing faham tahu apa yang kita cakap selagi nada percakapan kita itu tidak menakutkan kucing.

Jika kucing anda masih berada berdekatan dengan anda semasa anda bekerja, cuba letakkan kotak atau katil kucing berhampiran meja komputer anda. Jangan sesekali beri respon positif sekiranya kucing anda duduk di atas papan kekunci anda. kerana kucing anda akan mengulangi kelakuan ini. Segera angkat dan letak kucing anda di kotak yang disediakan dan beritahu kucing anda di situ sahaja ia boleh duduk.

Jangan sesekali menghukum kucing anda.

Kucing sukakan kehangatan

Percaya atau tidak apabila kucing duduk di atas papan kekunci mereka rasa selesa seperti duduk di riba anda. Jadi sebab itulah kucing anda sering datang dan duduk di papan kekunci apabila anda mula lakukan kerja.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment