Permainan Video Khas Untuk Pencinta Kucing Yang Kaki Gamers

Pencinta kucing yang kaki gamers macam MM ni boleh bersorak gembira. Pembangun permainan, Eric Blumrich kini sedang bertungkus lumus untuk memberikan anda permainan video ‘Peace Island’.

Permainan video yang melibatkan beberapa sekumpulan kucing pergi mengembara dan menyelesaikan misteri bersama-sama. Jika anda ingin melihat dunia dari persepsi seekor kucing, permainan ini memberikan anda peluang merasai pengalaman tersebut!

Permainan ini menggunakan set kepulauan Maine yang cantik serta bebas dari manusia. Rupa-rupanya kesemua manusia sudah hilang dan bergantung kepada kucing-kucing tersebut samada untuk mengembalikan semula manusia atau tidak.

Dalam permainan dunia-terbuka ini, sekumpulan 9 ekor kucing mempunyai kebebasan untuk meneroka kesemua persekitarannya. Permainan ini lebih memfokuskan aktiviti penemuan dan pengembaraan.

Sebagai pemain, anda berpeluang untuk merasai pengalaman jalan cerita yang pelbagai dan kaya melalui perspektif kucing domestik.

Permainan ini akan memaparkan 4 daerah komuniti, rekaan dalaman yang cukup teliti, cuaca yang realistik, kitaran siang dan malam dan suasana yang interaktif.

Watak dalam permainan ini adalah 9 ekor kucing yang perlu bekerjasama sepanjang permainan.

Nama mereka adalah Boy, Gary, Calinaigh, Anin, Girl, Zack, Ronan, Sushi, dan Elizabeth. Setiap seekor kucing ini mempunyai personaliti mereka yang unik dan set skill yang spesifik.

Permainan ini kini dibangunkan untuk Mac, PC dan sistem Oculus VR.

Sejak Blumrich mulakan Kickstarter untuk permainan ini, ia sudah disokong oleh 345 orang dan sudah mengumpulkan $13,098 mendekatkan lagi permainan ini menjadi realiti.

Jom tonton permainan ini di video di bawah:

Kredit gambar: Kickstarter
MM macam nak try lah game ni bila dah keluar hehe

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment