Selain makan, main dan tidur, kucing meluangkan masa dengan membersihkan diri mereka sendiri.
Jumlah masa yang diluangkan dengan menjilat diri sendiri membuatkan kucing sebagai haiwan yang paling pembersih.
Tapi kita sebagai pemilik kucing sering bertanyakan soalan ini, perlukah kucing dimandikan?
Adakah kucing suka dimandikan?
Walaupun kucing dikenali dengan sifat pembersihnya, lain ceritanya apabila mengenai dimandikan. Kebanyakan orang percaya yang kucing rasa terpesona dengan hanya memerhati air. Namun apabila dimasukkan ke dalam tab yang dipenuhi air, kucing akan rasa terperangkap dan tidak berupaya. Ianya sama perasaan yang dialami manusia apabila lemas.
Tidak semua baka kucing yang sukakan air. Kebanyakan kucing akan lebih bertindak untuk berlari apabila terkena walau percikan air. Ini menyukarkan proses mandi yang menjadi satu kemestian apabila kucing tersebut terlalu kotor dan mempunyai kutu.
Walaubagaimanapun, jika kucing anda tersangat kotor dan perlu dimandikan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membiasakan kucing anda dengan air supaya kucing anda tidak terlalu takut.
BACA JUGA: Baka kucing yang sukakan air
Perlukah kucing dimandikan?
Kebanyakan veterinar mempunyai teori konvensional yang tidak perlu mandikan kucing dengan kerap lebih-lebih lagi jika kucing tersebut kleijatan bersih dan sihat. Ini adalah kerana bulu kucing mempunyai minyak khas dan dengan memandikan kucing secara kerap akan menggangu penghasilan minyak tersebut. Jumlah masa yang terluang seekor kucing habiskan dengan menjilat bulu mereka dan tapak kakinya, kita boleh anggap yang kucing sebenarnya bersih dan tidak perlukan campur tangan manusia. Tambahan lagi dengan disimbah air adalah satu momen yang traumatik bagi kucing.
Bilakah kucing perlu dimandikan?
Kebanyakan kucing tahu menjaga kebersihan diri mereka sendiri kecuali kucing yang sudah terlalu tua atau kucing yang sedang sakit. Selain dari itu jika anda membawa pulang kucing jalanan yang penuh dengan kutu dan kekotoran, penting untuk anda memandikan kucing tersebut.
Selain itu juga jika kucing anda dipenuhi minyak hitam pada badan mereka (lebih-lebih lagi kucing berwarna putih), atau dipenuhi lumpur nak tak nak anda perlulah mandikan kucing bertuah tersebut.
BACA JUGA: Cara mandikan kucing dengan selamat
Sekerap mana kucing perlu dimandikan?
Jika kucing anda kekal indoor, mandikan kucing sekali atau dua kali setahun pun sudah memadai. Walaupun ada sahaja pemilik kucing yang langsung tidak pernah memandikan kucing mereka dan itu tidak menjadi masalah pun.
Bagi kucing yang mempunyai akses keluar masuk rumah cukup sekadar seminggu atau dua minggu sekali ataupun mandi apabila kucing anda kelihatan kotor.
Secara normalnya, kucing Parsi berbulu panjang dan lebat perlu dimandikan secara kerap. Proses mandi ini perlu dibiasakan dari kecil supaya kucing anda biasa dengan rutin ini.
BACA JUGA: Faktor yang mempengaruhi kekerapan untuk memandikan kucing