Sudah menjadi persoalan kepada pemilik kucing: adakah perlu untuk beli ‘water fountain‘ untuk kucing?
Water fountain boleh memberikan pelbagai kebaikan, salah satunya adalah sangat memudahkan namun tidak semua tahu yang water fountain ini lebih bagus dari mangkuk air biasa.
Jika anda ingin membelinya, anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri adakah ia akan membuatkan kehidupan anda lebih terurus, adakah ia bagus untuk kucing anda dan jika anda bersedia untuk sentiasa menyelenggaranya.
Apakah itu water fountain dan bagaimana ia berfungsi?
Water fountain kucing adalah alat yang membuatkan air minuman kucing anda sentiasa mengalir dan sentiasa memberikan air yang segar kepada kucing anda. Berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik, water fountain memerlukan anda untuk mengisi air di dalam bekasnya dan secara automatiknya kuasa pam yang ada akan sentiasa mengalirkan air secara berterusan di mangkuk air di atas pam tersebut.
Ramai yang mengatakan yang menggunakan water fountain ini menjimatkan masa dari sentiasa perlu mengisi air di mangkuk kucing manakala ada pula yang mengatakan water fountain ini leceh dalam penyelenggaraannya seperti menukar penapis dan penggunaan elektrik yang sentiasa perlu dibuka.
Kebaikan untuk anda
Water fountain didatangi dengan pelbagai bentuk dan saiz serta diperbuat dari pelbagai material yang berbeza namun persamaannya adalah ia memudahkan anda. Melainkan anda mempunyai kucing yang banyak di rumah, anda mungkin perlu menambah air di dalam bekas fountain tu setiap hari.
Bergantung kepada jenis fountain yang anda pilih, anda mungkin dapat mengurangkan masa untuk menambah air kepada selang beberapa minggu yang sememangnya membantu sekiranya anda mempunyai masalah untuk menunduk, atau mengangkat benda berat.
Ini adalah kerana kebanyakan fountain mempunyai bekas mengisi air yang dapat menyimpan air dalam jumlah yang banyak jadi kucing anda sentiasa mempunyai air untuk diminum dan anda juga tidak perlu mengisi air setiap hari lagi.
Ini sangat bagus untuk individu yang waktu bekerjanya sangat lama atau sentiasa keluar rumah kerana mengisi air untuk diminum tidak lagi menjadi kerisauan lagi. Balik kampung atau pergi bercuti juga menjadi mudah dengan adanya water fountain ini kerana ia memastikan kucing anda sentiasa hidrat dengan bekalan air segar setiap hari.
Kebaikan untuk kucing anda
MM dah lampirkan kebaikan untuk anda jadi apa pula kebaikan untuk kucing anda sekiranya anda memutuskan untuk membeli water fountain ini?
Tahukah anda kucing tertarik dengan bunyi air mengalir dan air yang segar. Kucing boleh tahu ya air tersebut segar ataupun sudah lama. Kerana kucing tahu dari naluri mereka yang air yang mengalir ini selamat kerana peluang untuk bakteria membiak sangat sedikit berbanding air yang bertakung lama di dalam mangkuk biasa. Inilah sebabnya kucing anda ada yang minum air di paip atau di kolah mandi walaupun anda sudah pun menyediakan mangkuk berisi air untuknya.
Sentiasa menyediakan bekalan air yang segar dan bersih kucing sangat penting untuk kesihatan kucing lebih-lebih lagi kucing yang pernah mengalami masalah saluran kencing seperti UTI atau batu karang.
Berbaloi ke kalau beli?
Penyediaan makanan, minuman dan tempat tinggal adalah keperluan asas yang diperlukan untuk kucing dari kita sebagai pemilik kucing ini perlulah menyediakan yang terbaik untuk kucing kita. Sebelum membeli anda dinasihatkan untuk memikirkan terlebih dahulu sama ada dengan adanya water fountain ini akan membuatkan kehidupan anda dan kucing anda lebih atau kurang terurus.
Jika anda menyedari yang kucing anda lebih suka minum dari air yang mengalir berbanding mangkuknya, anda mungkin perlu beli water fountain ini sebagai usaha untuk menjaga kesihatan kucing anda. Jika anda mempunyai kucing yang mempunyai sejarah menghidap penyakit saluran air kencing, UTI mahupun batu karang, anda sememangnya wajib membeli water fountain ini untuk menggalakkan kucing anda untuk meminum air dengan lebih banyak.