Perkembangan anak kucing secara ringkas
Lahir hingga minggu 1
Anak kucing dilahirkan dengan mata tertutup dan telinga terlipat. Mereka mempunyai berat antara 90-100 gram. Tali pusat akan luruh dalam hari ke 3. Pada penghujung minggu pertama, anak kucing sudah bertambah berat sebanyak dua kali ganda.
Minggu 2
Mata mula terbuka. Gigi pertama mula tumbuh.
Minggu 3
Telinga mula terbuka. Ada anak kucing yang mula meneroka.
Minggu 4
Gigi canine (taring) mula tumbuh. Pendengaran juga sudah berkembang elok.
Minggu 5
Penglihatan kini sudah berkembang sepenuhnya. Anak kucing mula cuba makanan pejal.
Minggu 6 hingga 8
Warna mata mula berubah. Anak kucing kini tersangatlah aktif.
Lahir hingga minggu 1
Pembesaran
- Mata dan telinga – Anak kucing dilahirkan buta dan pekak. Mata tertutup dan telinga terlipat.
- Gigi- Semua anak kucing dilahirkan tanpa gigi
- Suhu badan- Anak kucing yang baru lahir tidak mampu mengawal suhu badan mereka dan hanya bergantung kepada ibunya atau manusia untuk kekal hangat. Pastikan suhu persekitaran seimbang supaya tidak terjadi hypothermia atau hyperthermia.
- Tali pusat- Terlekat pada anak kucing sehingga lahir hingga hari yang ke 4 atau 5.
- Membuang najis- Ibu akan menstimulasikan anak kucingnya untuk membuang najis dan kencing. Selepas anak-anaknya selesai menyusu, ibu kucing akan menjilat perut dan bahagian kemaluan anak-anak kucing. Sekiranya anda menjaga anak kucing yang tidak mempunyai ibu, anda perlu mengelap kawasan kemaluan anak-anak kucing menggunakan tisu lembap untuk menstimulasikan anak kucing tersebut.
- Berat- Anak kucing yang baru dilahirkan mempunyai berat antara 90-100 gram. Pada akhir minggu pertama mereka sepatutnya menggandakan berat badan sehingga dua kali ganda.
Perkembangan
Pada minggu pertama, anak kucing lebih banyak tidur dan menyusu. Apabila mereka terjaga, mereka akan duduk berdekatan dengan ibu kucing.
Penting untuk memerhatikan ibu kucing dan anak-anaknya. Terlalu banyak campur tangan akan membuatkan ibu kucing memindahkan anak-anaknya ke lokasi yang baru.
Minggu 2
Pembesaran
- Mata- Pada minggu 2, mata anak kucing mula terbuka. Walaubagaimanapun penglihatan mereka masih tidak berapa bagus pada tahap ini. Kesemua anak kucing mempunyai mata berwarna biru. Anak matanya pula tidak akan mengembang dan mengecil jadi elakkan cahaya yang terang. Anak kucing pada tahap ini mudah diserang penyakit mata.
- Telinga – Telinga masih terlipat pada tahap ini
- Gigi – Gigi kacip (deciduos) mula tumbuh. Ini adalah gigi kecil di hadapan mulut kucing.
- Deria hidu – Deria hidu mula berkembang
- Penambahan berat – Dalam 7 ke 10 gram sehari. Pada akhir minggu 2, berat anak kucing akan sebanyak 300gram.
Minggu 3
Pembesaran
- Telinga – Pada minggu 3 telinga anak kucing mula terbuka dan deria pendengaran mula berkembang.
Perkembangan
Ada anak kucing yang akan cuba berjalan dan meneroka.
Pada usia 3 minggu anak-anak kucing lebih mengenali adik-beradiknya.
Ada anak kucing yang sudah mula berpurring.
Anak kucing mungkin boleh membuang najis dengan sendirinya pada tahap ini, namun ibu kucing masih mencuci najis anak kucing.
Minggu 4
Pembesaran
- Mata dan telinga – Penglihatan mula lebih baik dan deria pendengaran mula berkembang dengan elok.
- Gigi – Gigi Deciduous canine (taring) mula tumbuh.
- Deria hidu – Deria hidu sudah matang sepenuhnya.
- Kuku – kuku sudah boleh dikeluar dan masuk.
- Berat – Berat anak kucing kini seharusnya seberat 500 gram.
Perkembangan
Anak kucing akan semakin aktif dan mula berinteraksi bersama adik beradik yang lain. Mereka mungkin ingin meneroka keluar dari sarang.
Ibu kucing masih merapi anak-anaknya namun anak-anak kucing sudah boleh merapi diri mereka sendiri.
Pada tahap ini ibu kucing mula meninggalkan anak-anaknya pada tempoh yang sekejap
Anda boleh menyediakan mangkuk berisi air untuk diminum oleh anak-anak kucing.
Minggu 5
Pembesaran
- Gigi – Gigi Premolars mula tumbuh
Perkembangan
Anak kucing boleh mula putus susu pada usia lima minggu. Mulakan proses ini dengan perlahan dengan mencampurkan makanan basah dan kering dengan sedikit susu formula kucing. Tidak semua anak kucing akan menerima makanan dengan segera jadi kesabaran itu penting.
Walaupun anak-anak kucing sudah boleh putus susu, mereka masih menyusu secara kerap dari ibunya.
Kaki anak kucing kini lebih kuat dan akan banyak meneroka, menghendap adik beradiknya dan saling kejar mengejar.
Anak kucing mula menggunakan kotar pasir, walaupun kadang kala kemalangan terkucil akan berlaku. Pastikan lapik tidur mereka mudah dicuci jadi anda boleh pastikan ia sentiasa bersih.
Minggu 6
Pembesaran
- Mata dan telinga – penglihatan dan pendengaran sudah berkembang sepenuhnya.
- Gigi – gigi Premolars mula tumbuh.
Perkembangan
Anak kucing kini terlampau aktif, bermain lawan-lawan dan menghendap.
Pada usia 6 minggu kini anak kucing boleh merapi diri mereka dengan lebih efisyen.
Minggu 7
Pembesaran
- Testikel – Testikel anak kucing jantan mula berkembang di dalam skrotum.
- Gigi – kesemua gigi susu sudah tumbuh
- Berat – 750 ke 800 gram
Perkembangan
Anak kucing lebih banyak makan makanan pejal.
Terdapat penambahan dalam tenaga: anak kucing kini lebih banyak meneroka dan memanjat.
Anak kucing hampir sepenuhnya putus susu.
Minggu 8
Pembesaran
- Mata – Warna mata asal kucing sudah berkembang sepenuhnya.
- Telinga – Sudah berkembang sepenuhnya
- Berat – 900 grams
Perkembangan
Anak kucing tersangatlah aktif. Ibu kucing mula mempunyai masa lapang lebih lamaz
Peranan manusia adalah dengan mengambil bahagian dalam proses sosial tanpa mengganggu. Lebih-lebih lagi ketika masih awal. Ambil masa bukan sahaja dengan bermain dengan anak kucing tapi juga membelai dan membiasakan dengan diangkat. Ini termasuklah memegang tapak kaki, telinga dan mulut dengan kerap. Ini akan membuatkan anak kucing anda akan membiasakan diri dalam rutin perapian seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat, pemotongan kuku lebih mudah.
Pada ketika ini anak kucing makan sehingga 4 hidangan kecil sehari dan pada minggu ke 8 mereka sepenuhnya makan makanan pejal.
Tambahan
Anak kucing akan kekal menjadi anak kucing lebih lama dari 8 minggu. Matlamat artikel ini untuk meliputi tahap awal perkembangan anak kucing.
Ini hanyalah sebagai panduan sahaja kerana semua haiwan ada jadualnya; walaubagaimanpun ini dapat memberikan anda garis panduan untuk apa yang berlaku dan bila.
Penting untuk anda menyimpan rekod berat anak kucing; anak kucing patut bertambah beratnya dengan berterusan dan perlu berjumpa veterinar sekiranya berat badan semakin berkurangan. Juga anda perlu memerhati tanda-tanda penyakit pada anak kucing. Ini termasuklah selera makan kurang, tidur berasingan (pada usia sangat muda) penolakan dari ibu kucing, keluar sesuatu dari mata, anus dan sebagainya.