Perkara Asas Mengenai Kotak Pasir Yang Setiap Pemilik Kucing Perlu Tahu

Kotak pasir adalah keperluan bagi kesemua kucing indoor. Ia bukan sahaja sebagai ‘tandas’ kepada kucing malah memudahkan pemilik kucing untuk membersihkan sisa buangan kucing mereka.

Gambar: Vetstreet

Memandangkan kotak pasir merupakan keperluan asas kucing, kotak pasir juga penting untuk kesejahteraan dan kesihatan kucing. Pemilik kucing mungkin dapat membantu mengelakkan beberapa isu dengan mengikuti garis panduan asas mengenai kotak pasir kucing.

Memilih kotak pasir

Kotak pasir seharusnya cukup besar kepada kucing dengan bilik yang luas. Kotak pasir yang standard yang selalu dijual di kedai haiwan peliharaan selalunya terlalu kecil untuk saiz kucing dewasa, dan pemilik kucing juga tidak mempunyai ruang untuk kotak pasir seluas kolam budak. Jadi, memilih kotak pasir yang paling besar untuk kucing anda adalah matlamat anda yang pertama.
Selain saiz, kucing anda juga perlu selesa menggunakan kotak pasirnya. Pastikan kotak pasir yang anda pilih itu tidak menyukarkan kucing anda.

Akhir sekali elakkan dari membeli kotak pasir yang jenis bertutup. Kotak pasir jenis bertutup adalah gelap, memerangkap bau dan tidak disukai kucing.

Memilih pasir kucing

Jika anda buntu dalam memilih pasir yang terbaik untuk kucing anda, pilih pasir kucing yang tidak berbau dan kurang berdebu.

Sudah tentu anda inginkan pasir kucing yang memudahkan proses pembersihan juga. Kebanyakan pemilik kucing akan memilih pasir yang mudah bergumpal, pasir yang tidak mudah melekat di kaki kucing, pasir yang menyerap bau. Harga, bahan-bahan semulajadi, berat dan faktor lain juga penting apabila memilih pasir kucing. Tapi pastikan anda tidak menukar pasir kucing anda dengan terlalu kerap kerana kucing anda mungkin tidak menyukai perubahan yang berlaku.

Bekalan kotak pasir yang berguna

Selain membeli kotak pasir dan pasir kucing, anda perlukan skup, tikar lapik kotak pasir dan bag plastik untuk membuang sisa kucing anda. Ada beberapa pemilik kucing menaburkam baking soda ke dalam kotak pasir untuk mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Lokasi kotak pasir dan kuantiti

Pakar mengesyorkan bahawa sekurang-kurangnya perlukan satu kotak pasir untuk setiap lantai rumah anda di mana kucing anda mempunyai akses dan jumlah kotak pasir melebihi satu dari jumlah kucing yang anda bela. Ini bermakna sekiranya anda membela 2 ekor kucing, anda perlu menyediakan kotak pasir sebanyak 3 di dalam rumah anda.

Memastikan kotak pasir sentiasa bersih

Kotak pasir seharusnya dibersihkan setiap hari. Lebih kurang dua ke tiga inci pasir kucing perlu diletakkan pada kotak pasir untuk memastikan kedalaman yang sesuai untuk kucing anda mengorek dan mengambuskan pasir.

Kucing anda akan membuang najis dan kencing di tempat lain sekiranya kotak pasirnya terlalu kotor. Jadi pembersihan kotak pasir seharusnya dijalankan setiap hari.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment