Perbezaan Kucing Turkish Angora Dan Kucing Turkish Van

Memang mudah untuk keliru mengenai dua baka kucing ni namun walaupun kedua-duanya ada perkataan ‘Turkish’ pada nama mereka tidak bermakna kedua-dua kucing ini sama.

Turkish Angora

Namun kedua-dua baka kucing ini dikenali dengan sifat penyayang, cantik dan salah satu darinya suka berenang!

Warna

Turkish Van

Kucing Turkish Van kebanyakannya badan berwarna putih dengan kepala dan ekornya berwarna selain putih. Manaka kucing Turkish Angora adalah kucing berbulu panjang berwarna putih tapi ada sahaja kucing Turkish Angora berwarna macam-macam selain putih. Kucing Anggora klasik selalunya berwarna putih, mungkin mempunyai mata berwarna biru, namun komponen genetik yang berkaitan sering berlaku pada kucing pekak ini. Jika kucing Turkish Angora berwarna putih mempunyai mata berlainan warna (odd eyed), ia mungkin pekak pada telinga di sisi mata yang berwarna biru.

Saiz

Kucing Turkish Van sedikit besar dan berangka besar berbanding kucing Turkish Anggora. Kucing Turkish Van mengambil masa yang lama untuk matang. Mereka selalunya matang pada usia 4 ke 5 tahun.

Sejarah

Kedua-dua baka kucing ini berasal di Turki dan mungkin ada kaitan dalam beberapa perkara. Kedua-dua baka kucing ini hampir pupus di negara asal dan terhutang budi dalam penerusan baka kucing ini kepada negara Eropah dan peminat kucing di Amerika. Menurut lagenda, kucing Turkish Van adalah kucing yang Nabi Noh bawa berlayar ke kapalnya. Tentera Salib membawa masuk kucing-kucing ini ke Eropah namun tibanya era moden banyak kucing-kucing ini sudah mati di luar sana. Pada hujung tahun 50an, dua wanita English membawa pulang kucing Turkish Van dari perjalanan mereka ke Turki dan menyedari bahawa corak luar biasa pada baka kucing ini adalah benar. Kucing Turkish Van tidak sampai ke Amerika Syarikat sehinggalah tahun 70an.

Kucing Turkish Angora datang ke Eropah lebih awal dari sepupunya Turkish Van yang dibawa oleh Viking pada abad ke 10. Darah keturunan kucing Turkish Anggora yang memperkenalkan kucing berbulu panjang di Eropah. Dari kucing Turkish Angora lah bermulanya kucing baka Parsi. Pada awal abad yang ke 20, Zoo Turki di Ankara mulakan program pembiakan untuk mendapatkan kucing Angora asli berwarna putih.

Ciri-ciri

Ok sebenarnya kucing Turki Van lah yang suka berenang. Sebab kucing baka ini sukakan air adalah kerana bulunya yang kalis air. Kucing Turkish Van dikatakan sangat terikat dengan pemiliknya. Manakala kucing Turkish Anggora pula dikatakan seperti anjing. Mereka suka bersosial dan bijak. Dapat menyesuaikan diri kepada semua jenis manusia dan juga haiwan lain.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment