Perbezaan Antara Kucing Torbie, Tortie, Calico, Caliby Dan Tabby

Tuhan Maha Kaya kan? Bermacam-macam jenis corak boleh kita lihat pada kucing.

Sebagai fanatik kucing, MM sukakan semua jenis warna dan corak pada kucing. Tak kisah lah bulu lebat ke bulu pendek ke semua kucing ada keistimewaannya yang tersendiri.

Tahukah anda terdapat banyak jenis kucing tabby? Kucing tabby atau bahasa yang lebih kita kenali adalah kucing belang.

BACA: Jenis corak pada kucing tabby

Jika anda nak tahu perbezaan antara kucing torbie, tortie (tortoishell), calico dan tabby ha teruskan membaca.

Tortoishell

Secara definisinya kucing tortoishell atau tortie adalah kucing yang mempunyai corak bulu yang seakan-akan cengkerang kura-kura. Kalau kita orang Malaysia kucing tortie selalunya kita gelar kucing comot bukan? Ini adalah kerana corak bulunya warna comot.

Sama seperti kucing calico, kucing tortie kebanyakannya adalah kucing betina. Mana-mana sahaja kucing tortie jantan yang wujud ia selalunya mandul.

Berikut merupakan contoh kucing tortie:

#1

#2

#3

Torbie

Antara kesemua jenis warna bulu yang disenaraikan sebelum ini, kucing torbie dan caliby adalah yang paling rare. Perkataan ‘torbie’ adalah datangnya dari perkataan tortoishell-tabby dan kucing jenis ini pernah sekali digelar sebagai torties terbalik. Apabila kucing mempunyai corak belang serta mempunyai corak tortie, inilah yang dikenali sebagai kucing torbie.

Berikut merupakan contoh kucing torbie:

#1

#2

#3

Calico

Kucing yang paling mudah sekali untuk kita kenal kerana tiga warna yang cukup ketara, oren, hitam dan putih. Kucing calico boleh muncul dalam pelbagai corak bulu dan tiada seekor kucing calico akan kelihatan sama.

Kucing calico bagi kita orang Malaysia kita sering menggelarkan kucing jenis ini kucing tompok bukan kerana corak tompok-tompok pada bulunya yang mempunyai warna yang berbeza-beza.

Berikut merupakan contoh kucing calico:

#1

#2

#3

Caliby

Sama seperti torbie, kucing caliby adalah corak calico yang mempunyai belang tabby. Kucing yang mempunyai corak seperti ini juga dikatakan rare.

Berikut merupakan contoh kucing caliby:

#1

#2

#3

Tabby

Siapa tak kenal kucing tabby tak cukup pencinta kucing. Hehe… Kucing tabby mudah sahaja untuk dikesan. Kucing belang tu kucing tabby lah. Bukan setakat belang, bintik-bintik, corak macam kek marble tu pun dikira kucing tabby.

Nak kenal kucing tabby mudah sahaja, semua kucing tabby mempunyai tanda ‘M’ di dahi. ada beberapa anak kucing tabby dilahirkan tanpa corak belang, namun akan muncul selepas usia beberapa minggu.

Walaupun kucing tabby boleh jadi kucing jantan atau betina, kucing tabby oren kebanyakannya selalu kucing jantan kerana kod genetik mereka.

Berikut merupakan contoh kucing tabby:

#1

#2

#3

Jadi kucing anda kucing tortie ke torbie ke calico ke caliby ke tabby? Jom kongsikan di ruangan komen!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment