Perbezaan Antara Kucing Jalanan Dan Kucing Liar Dan Bagaimana Anda Boleh Membantu

Jika miaowers semua mcm MM, nampak sahaja kucing di jalan kita selalu cuba untuk memanggil kucing tu datang.

Walaupun ada pemilik kucing lebih gemar membela kucing indoor, ada juga pemilik kucing suka membiarkan kucing mereka bebas bergerak ke mana sahaja. Walaupun ini merupakan pilihan peribadi bagaimana cara nak bela kucing ikut cara masing masing, ini agak berbeza berbanding kucing jalanan mahupun kucing liar.

Mengikut definisi (dalam terma layman) kucing jalanan ialah kucing jinak dan pernah dibela orang— kucing domestik yang jinak. Kucing liar bagaimanapin merupakan kucing yang tidak jinak dan tidak mempunyai banyak interaksi dengan manusia sepanjang hidupnya walaupun selama mana ia hidup.

Kucing liar dan kucing jalanan hidup dalam kehidupan yang sukar, terdedah kepada elemen kasar di persekitaran dan kesihatan mereka pun berisiko kerana kurangnya penjagaan veterinar. Terdapat banyak program TNR (tangkap- kembiri-lepas) untuk membantu mengurangkan peningkatan yang mendadak dalam populasi kucing jalanan dan liar ini.

Jadi bagaimana nak tahu perbezaan kucing jalanan dan kucing liar jika anda terserempak seekor? Selalunya kucing liar akan menjauhkan diri dari anda dan tidak akan rasa ingin dibelai oleh anda. Walaubagaimana pun kucing liar akan sedar jika anda mempunyai makanan yang ia mungkin mahu. Jika anda mendekati kucing seperti ini, ia akan lari atau berbunyi hiss kepada anda.

Ada juga kucing jalanan yang tidak dijaga apabila diperlukan penjagaan medikal namun ada sesetengah dari kita yang berjiwa besar sanggup membantu kucing jalanan yang perlukan bantuan.

Untuk kucing jalanan yang nampak friendly dan cuba berhubung dengan manusia, jalan terbaik adalah dengan membawa kucing ini ke veterinar untuk mengesan sekiranya ada mikrocip. Kucing jalanan yang peramah selalunya merupakan kucing yang bertuan yang sesat tidak jumpa jalan pulang. Jika tiada mikrocip, sila mengepos di mana mana platform untuk mewar war kan sekiranya ada individu yang kehilangan kucing.

Berminat untuk membantu kucing jalanan dan liar? Ini cara anda boleh bantu!

Mahu mengambil peranan dalam mengurangkan kadar populasi kucing jalanan dan liar di jalan yang sangat perlukan program TNR? Cuba hubungi pusat perlindungan kucing berhampiran lokasi anda sekiranya mereka ada melaksanakan program TNR.

BACA JUGA: Pusat perlindungan haiwan yang ada di Malaysia

Terdapat juga program di mana kucing kucing jalanan mahupun kucing liar akan dibawa ke pusat perlindungan untuk penjagaan sementara sebelum mereka akan dilepaskan kepada pemilik kekal.

Untuk kita pencinta kucing yang terdetik untuk membantu kucing yang tidak bertuan, terabai, tidak diingink mahupun sakit yang kita jumpa, cubalah untuk mengambil kucing tersebut untuk bela sendiri atau bawa ke pusat perlindungan kucing. Kucing jalanan selalunya kucing yang pernah disayangi dan alangkah bagusnya jika mereka merasai kasih sayang lagi sekali. Kehidupan ini segalanya mengenai peluang kedua dan anda mungkin kunci dalam memberikan kucing jalanan yang sunyi ini peluang kedua yang mereka dambakan.


INGAT YA: ADOPT, DON’T SHOP! DENGAN MENGAMBIL BELA KUCING JALANAN MENYELAMATKAN NYAWA & SILA KEMBIRIKAN KUCING ANDA

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment