Perbezaan Antara Kucing Albino Dengan Kucing Berwarna Putih

Kucing albino bukan sahaja kucing berwarna putih. Ia adalah kucing yang mempunyai masalah genetik yang digelar albinisme.

Berbeza dari kucing berwarna putih, kucing menjadi putih sekiranya ia menerima gen warna putih yang lebih dominen dari gen warna yang lain.

Kucing albino terjadi sekiranya induk mereka membawa penanda genetik untuk albinisme. Keadaan ini bermakna kucing albino langsung tidak mempunyai pigmentasi. Bukan hanya pada bulu, malah keseluruhan anggota yang mempunyai pigmentasi.

Mata

Salah satunya adalah mata kucing albino. Mata kucing albino selalunya akan berwarna biru pucat dan biru merah jambu. Spektrum warna mata yang had ini adalah kerana kekurangan atau ketiadaan pigmentasi.

Jika mata kucing albino kelihatan warna merah jambu ia bukanlah kerana warna matanya berwarna merah jambu. Warna illusi ini terjadi apabila cajaya memantulkan warna saluran darah di dalam mata.

Kulit

Perbezaan seterusnya adalah kucing albino tidak mempunyai atau kekurangan pigmentasi pada kulit. Ini sangat jelas kelihatan pada hidung dan telinga mereka. Sama seperti mata mereka, hidung dan telinga kelihatan warna merah jambu yang sangat pucat.

Tahap albinisme yang berbeza

Albino sejati tersangatlah rare. Walaubagaimanapun, terdapat keadaan yang digelar separa albinisme dan ini lebih menjadi kebiasaan. Terdapat beberapa baka yang mempunyai keadaan seperti ini dan sangat jarang berlaku kerana kucing baka ini mempunyai warna gelap di sesetengah bahagian badan sahaja seperti contoh di telinga, hidung dan ekor.

Baka kucing jenis ini termasuklah kucing tonkinese, kucing burma dan kucing siam. Baka kucing ini menerima warna point dari sebahagian genetik albino yang diwariskan.

Sensitiviti terhadap cahaya

Punca kerana kekurangan pigmentasi dalam kucing albino sejati adalah kerana mereka tidak mampu menghasilkan melanin yang bertanggungjawab dalam warna tona kulit, warna mata dan warna bulu. Melanin juga membantu mata berfungsi dengan baik dan oleh sebab inilah kucing albino mempunyai masalah dalam persepsi jarak dan sensitif terhadap cahaya.

Bukan hanya sinaran cahaya matahari secara terus akan merosakkan penglihatan mereka, pendedahan untuk tempoh yang lama juga merosakkan kulit mereka.

Jadi pada sesiapa yang memiliki kucing albino dinasihatkan supaya menjaga kucing mereka dari sinaran matahari yang berlebihan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment