Penyokong Pemuliharaan Memberi Amaran Bahawa Spesis Harimau Malaya Boleh Pupus Dalam Masa Dua Ke Tiga Tahun Lagi

Spesis ikonik ini sudah disenaraikan “sangat kritikal terancam” sejak Jun 2015 lagi.

Gambar: World Wildlife Fund

Dengan hanya tinggal 200 ekor harimau malaya di dunia liar, spesis ini boleh pupus menjelang tahun 2022, penyokong pemuliharaan Dr Mark Rayan Darmaraj memberi amaran.

“Kita akan kehilangan harimau kita dalam dua ke tiga tahun lagi.”

“Jika kita biarkan sahaja tanpa melakukan apa-apa, harimau malaya boleh pupus dengan lebih cepat. Dengan menjaga harimau-harimau ini, pemangsa yang utama ini, kita juga memelihara ekosistem.

“Kehadiran harimau itu sendiri merupakan tanda-tanda ekosistem yang sihat,” kata Dr Darmarah yang lebih mesra digelar sebagai penjaga harimau malaya seperti yang dilaporkan oleh NST Online.

Jumlah harimau malaya berkurang dengan mendadaknya

Ancaman utama kepada pengurangan spesis liar ini adalah gangguan habitat dan pemburuan haram menurut AFP. Populasi harimau malaya menurun dari 3,000 ekor pada tahun 50an kepada kurang 500 ekor pada tahun 2003. Melihat kepada program dan inisiatif yang masih belum mencapai hasil yang diinginkan, beliau berkata kita perlu bertindak segera untuk spesis yang kini sudah sangat terancam untuk menghalang dari kepupusan.

Gambar: The Star Online

Pada tahun 2009, Plan Tindakan Harimau Malaysia Nasional dilancarkan dengan harapan untjk menggandakan jumlah harimau malaya. Jumlahnya untuk meningkat sebanyak 1,000 ekor menjelang tahun 2020.

Walaubagaimanapun, menurut Dr Darmaraj, terdapat pengurangan sekurang-kurangnya 50% jumlah harimau di hutan Belum-Temengor di Semenanjung Malaysia.

Penyokong pemuliharaan ini yang sudah pun bekerja bersama WWF-Malaysia sejak 14 tahun dan kini mengetuai Program Pemuliharaan Harimau Malaya, merasakan yang kerajaan perlu mewujudkan unit jenayah hidupan liar. Kata beliau, unit ini perlu diutamakan dalam penyiasatan dan pengumpulan inteligensi kerana terdapat kekurangan koordinasi antara agensi-agensi yang ada.

Gambar: Phys

Sindiket perdagangan haram hidupan liar

Dr Darmaraj percaya yang pengumpulan inteligensi mengenai sindiket pemburuan haram yang merupakan sebahagian dari perdagangan hidupan liar boleh memastikan yang tindakan sah boleh dijalankan secara terus dari bukti-bukti yang dikumpulkan sehinggalah ke proses pendakwaan.

 “Dalam kebanyakan kes yang dilaporkan, sesiapa sahaja yang didakwa kerana memburu spesis terancam mungkin bekerja untuk sindiket luar.”

“Menyelesaikan isu ini perlu diutamakan, selain dari mendenda sesiapa yang didapati bersalah dalam melakukan jenayah hidupan liar,” katanya pada NST Online.

Menurut Dr Darmaraj lgi kerajaan sepatutnya mewujudkan pasukan khas yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri.

Jika pasukan khas ini diketuai oleh Perdana Menteri, beliau boleh mengumpulkan beberapa agensi dan pihak yang berkaitan untuk menyokong usaha pemuliharaan.

 “Dalam hal ini, saya memuji inisiatif Jabatan Air, Tanah dan Sumber Asli dalam mengerahkan askar untuk mengawal aktiviti pemburuan haram. Namun ini perlu digerakkan segera. Tiada masa untuk dibazirkan jika kita mahu melihat harimau bertahan hidup,” katanya, menambah yang jenayah hidupan liar menyumbang kepada ancaman terbesar ketahanan hidup spesis ini dan mereka perlu ditangani segera.

“Jika harimau malaya pupus, kita perlu bertanggungjawab kepada generasi masa hadapan kelak,” kata Dr Darmaraj, menambah yang amanah ini jatuh ke tangan kita untuk memastikan ketahanan hidup spesis hidupan liar kita.

Gambar: The Sun Daily

Beliau berkata yang pemburuan haram yang kenyumbang kepada RM23 billion kepada perdagangan hidupan liar haram setiap tahun, yang menyebabkan haiwan malaya hampir kepupusan dengan cepat, selain faktor lain yang ditambahkan kepada isu ini adalah kekurangan sumber makanan yang disebabkan oleh kehilangan habitat asli mereka.

Menurut beliau lagi usaha seperti pembiakan rusa sambar, yang merupakan salah satu dari sumber makanan harimau malaya boleh memastikan ketahanan hidup spesis ini.

P/s: Kita taknak lah kan tunjuk anak cucu kita nanti harimau malaya dekat buku atau video je. Bagaimana anda hendak menolong usaha pemuliharaan ini? Anda pun boleh sahaja menderma kepada pihak WWF Malaysia di sini

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment