Penyakit Yang Boleh Disebarkan Oleh Kucing Dan Boleh Menj4ngkiti Manusia

Ya sayang kucing memang sayang kucing tapi kita tidak boleh menolak fakta mengenai beberapa penyakit yang boleh dibawa oleh kucing dan boleh berjangkit kepada kita.

Pokok pangkalnya dari penjagaan kucing itu sendiri juga. Kalau kita sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab dan rajin, sudah tentu kucing kita akan bebas dari sebarang penyakit yang boleh mengjangkiti kita.

Penyebaran penyakit oleh kucing seringkali terjadi kerana kucing tidak diberikan vaksinasi yang bersesuaian dan jadual nyahcacing atau tidak pernah dibawa pemeriksaan kesihatan di veterinar.

Jom kita lihat penyakit apa yang boleh dibawa oleh kucing:

Toxocariasis

Jangkitan toxocariasis disebabkan oleh parasit yang ditemui pada kucing (toxocara cati). Ia adalah cacing yang membiak di dalam saluran gastrousus hos nya. Visceral larva migrans boleh berlaku. Ini terjadi apabila larva parasit yang tersangat kecik mereka boleh migrasi melalui dinding usus dan bergerak melalui darah ke organ yang lain.

Jangkitan terjadi apabila telur parasit ditelan, kadang melalui interaksi dengan najis kucing. Ini mungkin kerana pembersihan kotak pasir kucing yang tidak sempurna atau kurangnya pembersihan pada manusia itu sendiri.

Simptom termasuklah:

  • Pembengkakan pada hati
  • Demam
  • Pembengkakan pada kelenjar lymph
  • Batuk

Campylobacteriosis

Ini adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Campylobacter jejuni. Ia boleh berpindah ke manusia oleh pelbagai haiwan termasuklah kucing domestik. Kucing boleh menjadi pembawa bakteria ini.

Simptom termasuklah:

  • Kesakitan abdomen
  • Cirit birit
  • Demam tinggi
  • Kekejangan
  • Muntah

Toxoplasma

Banyak yang diperkatakan mengenai toxoplasma sebagai penyakit yang boleh berjangkit ke wanita hamil. Walaupun kucing boleh jadi sumber penyakit ini, tapi bukanlah itu sahaja. Penyakit ini juga berpunca dari memakan daging mentah yang merupakan punca utama penyakit ini tersebar. Penularan dari kucing selalunya dari interaksi najis kucing seperti membersih kotak pasir.

Penyakit ini disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii yang ditemui pada mana-mana sahaja di dunia ini. Kehadiran parasit ini boleh jadi penyakit tanpa gejala pada kucing dan juga manusia walaupun agak tidak mustahil untuk anda memerhati tanda-tanda ini:

  • Demam
  • Kelesuan yang luar biasa
  • Keradangan ganglia (struktur yang mempunyai pelbagai sel saraf badan)
  • Kesakitan otot

Wanita hamil yang dijangkiti berisiko untuk keguguran. Jika bayi itu dilahirkan, kecacatan atau kebutaan boleh berlaku.

Jangkitan

Gigitan atau cakaran dari kucing boleh menyebabkan jangkitan sekiranya luka tersebut terbuka dan tidak dirawat. Ini memberi peluang untuk bakteria membiak di luka tersebut. Apabila ini terjadi anda boleh lihat:

  • Pembengkakan
  • Merah-merah
  • Kesakitan

Jika terdapat gigitan atau cakaran, cuci kawasan tersebut dengan segera dan berjaga-jaga sekiranya terdapat perubahan di kawasan luka tersebut. Jika luka tersebut menjadi keradangan dan nanah mula kelihatan, ada mungkin perlu rawatan oleh profesional perubatan. Walaubagaimanapun kebiasaannya luka gigitan kucing dan cakaran kucing boleh sembuh dengan sendirinya.

Giardiasis

Apabila parasit Giardia intestinalis menjangkiti hosnya, lalu terjadilah jangkitan giardiasis. Ia merupakan penyakit zoonotic yang lainnya dari najis dan urin kucing. Jangkitan awalan pada kucing mungkin disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang sudah tercemar.

Walaupun merupakan penyakit yang tidak mempunyai simptom juga, ia boleh menyebabkan:

  • Pestilential diarrhea
  • Kesakitan
  • Keletihan
  • Kesakitan abdomen

Alergi

Ada beberapa individu merasakan yang alergi mereka disebabkan oleh bulu kucing. Namun bulu kucing bukanlah punca alergi, ia hanyalah pencetud kepada alergi yang sudah ada. Ini adalah kerana kucing menghasilkan protein yang dipanggil glycoprotein di mana kebanyakan individu sangat sensitif terhadapnya. Apabila ini berlaku, reaksi alergi boleh menyebabkan:

  • Mucus
  • Bersin
  • Kebengkakan mata
  • Batuk
  • Sakit tekak

Walaupun alergi bukanlah penyakit yang dibawa oleh kucing, ia adalah sesuatu yang boleh menyebabkan manusia sakit selepas berinteraksi dengan kucing.

Penyakit Lyme

Walaupun penyakit lyne disebabkan oleh gigitan kutu babi atau piras. Tidak mustahil untuk kucing dijangkiti kutu babi dan memindahkan kepada manusia. Kutu babi yang membawa penyakit lyme ini sendirinya adalah pembawa bakteria dari genus Borrelia  yang menyebabkan punca penyakit ini.

Simptom termasuklah:

  • Demam
  • Menggigil/ kesejukan
  • Keletihan
  • Sakit kepala

Ankylostomiasis

Pembiakan Cacing cangkuk disebabkan oleh parasit Ancylostoma duodenale atau Necator americanus. Ini disebarkan melalui kucing kepada manusia melalui najis dan kemudian ditembus melepasi kulit.

Simptom termasuklah:

  • Diarrhea
  • Keletihan
  • Kehilangan selera makan
  • Anemia
  • Pendarahan hati
  • kesakitan abdomen
  • Pharyngitis (keradangan di belakang tekak)

Rabies

Rabies ataupun penyakit anjing gila adalah disebabkan oleh virus dalam keluarga Rhabdoviridae. Virus ini bergerak melalui aliran darah dan menuju ke otak dan akhirnya membawa maut. Ia boleh ditular melalui haiwan yang dijangkiti selalunya melalui gigitan. Terdapat vaksin untuk melawan rabies sebab itulah penyakit ini sering terjadi pada kucing liar.

Simptom termasuklah:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Kekeliruan
  • Kekejangan otot
  • Agresif
  • Halusinasi

Jika seseorang dijangkiti virus rabies, rawatan kecemasan perlu dilakukan kerana virus ini boleh menyebabkan kematian.

Ringworm

Walaupun namanya begitu, ringworm bukanlah cacing. Ia adalah jangkitan kurap dari lebih 40 jenis fungus yang berlainan.

Simptom kelihatan seperti:

  • Kulit kering dan mengelupas
  • Kemerahan pada kulit
  • Keradangan pada kulit
  • Keguguran rambut pada sesuatu kawasan

Kudis

Kudis atau Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh ectoparasit dalam bentuk hama. Terdapat beberapa jenis sub-spesis hama yang boleh menyebabkan kudis. Oleh kerana kudis disebabkan oleh banyak jenis hama yang berlainan, ada yang tular dari satu spesis ke spesis lain dan ada yang tidak. Jenis hama yang boleh menular adalah:

  • Hama telinga yang hidup di dalam kawasan telinga.
  • Hama yang boleh menyerang mana-mana kawasan badan kucing
  • ‘Dandruf yang bergerak’ adalah frasa kebiasaan bagi Cheyletiellosis, sejenis hama yang mengutip secebis kulit mati dan bergerak bersama bulu mereka.

Ketahui mengenai kudis dengan lebih lanjut di sini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment