Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Buah pinggang yang sihat penting untuk kesihatan kucing secara menyeluruh. Ini adalah fungsi buah pinggang kucing sama sahaja seperti buah pinggang manusia iaitu menapis segala toksin yang ada dalam tubuh.

Semakin meningkat usia kucing, mereka berisiko untuk diserang penyakit buah pinggang. Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom penyakit buah pinggang, anda seharusnya pergi ke veterinar dengan kadar segera. Terdapat banyak cara untuk melawan penyakit ini jika anda mengesan penyakit ini awal.

Simptom-simptom

Berikut merupakan tanda-tanda yang jelas kucing anda mungkin mengalami masalah buah pinggang:

  • Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
  • Muntah tanpa sebab
  • Hilang selera makan
  • Lemah
  • Sukar membuang air kencing
  • Air kencing berwarna keperangan
  • Sering berbunyi pada waktu malam tanpa sebab yang jelas

Punca-punca

Penyakit buah pinggang boleh disebabkan oleh banyak perkara. Ada yang terjadi semasa lahir sebagai kecacatan masa lahir atau penyakit keturunan. Perkara lain yang menyebabkan penyakit buah pinggang termasuklah gangguan sistem imun, jangkitan dan tekanan darah tinggi. Kondisi-kondisi ini seringkali menyebabkan masalah buah pinggang kronik yang menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Terdapat banyak lagi punca penyakit buah pinggang ini termasuklah penyakit leukimia kucing. Kegagalan buah pinggang ini sebenarnya lebih cepat dan perkembangan penyakit ni boleh terjadi dalam beberapa jam sahaja.

Rawatan

Jika kucing didiagnosis dengan penyakit buah pinggang, veterinar selalunya akan menyuruh anda memberikan kucing anda diet yang khusus. Diet perlindung buah pinggang dapat membantu memanjangkan hayat kucing anda. Terdapat banyak kekangan dalam diet ini apabila ia melibatkan pengambilan protein dan fosforus. Anda juga perlu memberikan kucing anda lebih lemak dan potassium. Kucing anda juga perlu minum air yang banyak kerana penyakit ini memudahkan kucing anda terhidrat.

Pencegahan

Terdapat banyak cara untuk anda mengelakkan dari kucing anda terkena penyakit ini. Penghidratan adalah kunci dalam mengekalkan buah pinggang sentiasa sihat. Anda sentiasa perlu memastikan sumber air minum kucing sentiasa bersih dan segar. Anda juga perlu mengekalkan suasana di sekeliling kucing anda bersih lebih-lebih lagi kotak pasir kucing.

Dengan pemberian makanan basah dapat membantu kerana kucing juga dapat menambahkan pengambiran air melalui makanan basah. Yang paling penting adalah untuk membawa kucing anda untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dengan ini kesihatan kucing anda akan sentiasa dipantau.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment