Penjagaan Kucing Yang Sedang Bunting

Seperti juga wanita yang hamil, kucing bunting juga memerlukan penjagaan yang rapi demi perkembangan janin yang sempurna dan sihat.

Sudah tentu kita mahukan anak anak kucing dan juga ibunya sihat sepanjang tempoh bunting dan juga tempoh beranak. Anda boleh memeriksa tanda tanda yang ada jika betul kucing anda bunting.

Kredit gambar: Pet Md

Berikan makanan yang terbaik.

Kucing yang sedang bunting memerlukan banyak protein dan vitamin. Sejumlah besar protein diperlukan untuk mendukung perkembangan janin. Pastikan makanan yang diberikan mengandung protein yang tinggi. Peratus kandungan protein boleh dilihat di bungkusan. Biasanya makanan untuk anak kucing mempunyai kandungan protein dan vitamin yang lebih banyak dibandingkan makanan untuk kucing dewasa (adult). Sebaiknya kucing yang sedang bunting diberikan makanan untuk khas untuk anak kucing ini.

Suplemen seperti vitamin dan kalsium juga diperlukan untuk meningkatkan kesihatan janin dan ibunya. Hati-hati dengan suplemen kalsium. Pemberian kalsium yang terlalu banyak menyebabkan perkembangan tulang janin yang berlebihan. Akibatnya saiz janin menjadi terlampau besar dan sulit untuk keluar pada saat dilahirkan (distokia)

Kucing bunting sentiasa harus berada di dalam rumah.

Kucing yang hidup di luar rumah mempunyai risiko menjangkiti penyakit yang lebih tinggi. Keadaan di dalam rumah lebih hangat dan tenang, jauh dari gangguan kucing-kucing liar yang dapat menyebabkan pergaduhan antara kucing. Selain itu keadaan di dalam rumah semestinya lebih bersih. Anak-anak kucing harus dilahirkan di tempat yang bersih.

Jangan beri sembarangan ubat semasa kucing bunting.

Pemberian ubatan pada kucing bunting hanya dilakukan dalam keadaan darurat saja. Selalu merujuk pemberian ubatan dengan doktor veterinar anda. Pelbagai ubatan seperti ubat cacing, anti kutu dan pelbagai jenis antibiotik dapat menyebabkan gangguan kecacatan  pada janin bahkan keguguran.

Sediakan tempat yang selesa

Sebuah kotak yang besar dialas dengan selimut sudah cukup memadai. Tempatkan ditempat yang hangat, bersih,  tenang dan terawasi. Pastikan tempat ini telah sudah disedia semasa minggu sebelum tiba waktunya untuk melahirkan.

Gunakan pasir (litter) yang tidak menggumpal.

Kredit gambar: per md

Kadang-kadang kucing melahirkan anaknya di kotak pasir (litter). Pasir yang terdapat dalam kotak boleh melekat di tubuh anak kucing yang baru lahir. Ibu kucing biasanya tidak mahu membersihkan (menjilat) anaknya apabila diselaputi pasir yang menggumpal. Gunakan saja pasir zeolit yang sememangnya lebih murah dan tidak menggumpal. Butiran zeolit berwarna kelabu kehijauan.

Jauhkan dari kucing-kucing lain.

Kredit gambar: All about cats

Jika anda memiliki kucing yang banyak, pastikan tempat melahirkan jauh dari kucing-kucing lain. Pada saat melahirkan, ibu kucing tidak suka berada berhampiran dengan kucing lain, meskipun kucing tersebut sudah saling mengenali sejak lama. Naluri keibuan dan naluri untuk melindungi akan semakin kuat apabila mendekati saat kelahiran. Ada beberapa kucing yang baru melahirkan akan terus menyerang kucing yang mendekatinya.

Siapkan persediaan makanan yang cukup

Kredit gambar: Perro pet

Siapkan persediaan makanan dan minum yang cukup bagi kucing anda. Jangan biarkan kucing anda sendirian pada saat melahirkan.

Tahu veterinar yang terdekat.

Sentiasa menyimpan catatan alamat dan nombor telefon beberapa klinik atau veterinar yang terdekat sekiranya berlaku sebarang komplikasi

Lengkapkan diri dengan informasi

Kredit Gambar: Purrfect Love

Selalu mencari informasi selengkap-lengkapnya dan belajar mengenai kebuntingan kucing anda. Sehingga anda boleh menangani proses kelahiran kucing secara sendiri dan dapat segera mengendali apabila terjadi masalah atau komplikasi. Apabila informasi yang benar dan lengkap telah anda dapatkan, anda tidak akan panik lagi apabila menghadapi kelahiran kucing kesayangan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment