Penguin Berenang Sejauh 5000 Batu Untuk Bertemu Dengan Penyelamatnya Setiap Tahun

Pada tahun 2011, Joao Pereira de Souza, yang berusia 73 tahun, telah menemui seekor penguin di pantai.

Lelaki itu kemudian segera membawanya pulang ke rumah bagi memberi rawatan agar penguin itu sihat semula.

Kredit Gambar: Life Gate

Namun, Joao tidak pula menyangka bahawa dia bakal memulakan ikatan baru yang begitu bermakna dengan penguin berkenaan.

Ketika dijumpai, penguin tersebut dalam keadaan yang sangat lemah, selain berlumuran minyak hitam pada badannya. Joao mengambil masa selama seminggu untuk membersihkan kesemua minyak itu daripada bulu penguin berkenaan. Kasihan sungguh! Setelah penguin itu kembali pulih, Joao bebaskannya kembali ke laut.

Walau bagaimanapun, penguin tersebut pulang ke pantai yang sama pada tahun berikutnya untuk pulang ke rumah Joao

Kredit Gambar: Metro UK

Semenjak daripada itu, penguin bekenaan tidak pernah gagal untuk pulang setiap tahun dan berenang sejauh 5000 batu untuk bertemu penyelamatnya

Penguin jenis Magellanic Selatan Amerika itu diberi nama Dindim oleh Joao akan menghabiskan masa selama 8 bulan dengan Joao sebelum pulang semula ke perairan Argentina dan Chile semasa tibanya musim meng4wan.

Kredit Gambar: BBC UK

Menerusi program temubual, Globob TV, Joao berkata,

“Saya sayangkannya seperti anak sendiri dan saya percaya dia juga sayangkan saya”

“Tiada seorang pun yang boleh menyentuh Dindim, dia mematuknya jika ada orang lain yang mahu berbuat demikian. Dia akan baring di atas paha saya, membenarkan saya memandikannya, membenarkan saya memberinya makan sardin dan hanya saya yang boleh mengangkatnya.”

Diet harian Dindim terdiri daripada ikan seperti sardin yang dipercayai mampu memberikannya tenaga yang diperlukan. Dindim lazimnya akan pulang ke pulau lokasi Joao menetap pada setiap bulan Jun dan meninggalkan rumah Joao pada bulan Februari.

Setiap kali Dindim ternampak Joao, dia akan menggerakkan ekornya mengeluarkan bunyi seakan gembira bertemu dengan Joao. Ahli biologi, Joao Paulo Krajewski, juga kagum dengan ikatan erat antara mereka. Dia juga percaya bahawa Dindim menganggap bahawa Joao merupakan ahli keluarganya, tingkah laku Dindim apabila bersama Joao juga sama dengan tingkah lakunya ketika bersama penguin yang lain.

Dalam erti kata lain, pakar berkenaan menjelaskan bahawa mungkin Dindim menganggap Joao juga seekor penguin sepertinya!

Sumber: ERA BARU

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment