Pengiraan Usia Kucing

Tahukah anda, terdapat jadual membolehkan kita untuk mengira umur kucing.

Sebagai contoh, kucing yang berusia setahun bersamaan dengan 7 tahun kehidupan manusia (kira kucing ni lebih cepat matang dari manusia la).

Ok, jom kita refer jadual kat atas tu. Jika kucing yang anda bela di rumah berusia 4 tahun, ianya bersamaan dengan 32 tahun umur manusia. Berbeza dengan kucing terbiar (tidak bertuan), umur kucing 4 tahun bersamaan dengan 40 tahun usia manusia. Ini menunjukkan jangka hayat kucing tidak bertuan adalah singkat berbanding kucing yang bertuan. Faktor lain yang mempengaruhi usia kucing ialah cara kita menjaga kucing, pemakanan dan juga genetik kucing tersebut. Terdapat kes-kes yang difailkan, kucing boleh mencapai usia lebih dari 30 tahun. Gunakan jadual di atas sebagai panduan pengiraan usia kucing anda.

Untuk lebih detail:
1-Bulan Usia Kucing = 6-bulan usia bayi
3-Bulan Usia Kucing = 4-tahun usia bayi
6-Bulan Usia Kucing = 10 tahun usia manusia

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment