Pengasuh Bawa Lari Kucing Kerana Keluarga Jagaannya Mahukan Kucing Tersebut ‘Disuntik M4ti’

Katz pernah bekerja sebagai pengasuh untuk satu keluarga yang termasuk dua kanak-kanak dan seekor kucing tua bernama Tigger.

Apabila pemilik Tigger memberitahu Katz yang Tigger akan dieuthanisasikan (disuntik mati), dia tahu yang tidak benarkan perkara tersebut terjadi. Jadi dia membawa lari Tigger dari kediaman tersebut dan tidak berniat untuk memulangkan Tigger semula, walaupun tindakannya ini akan dibicarakan dan berpotensi untuk dipenjarakan.

Kisah sedih ini bermula sebelum pemilik Tigger menjadualkan untuk mengeuthanisasinya…

Selama bertahun-tahun Katz ingat yang keluarga ini selalu merungut mengenai kemerosotan kesihatan kucing ini dan beberapa isu tingkahlaku. Sejak Tigger semakin berusia, Tigger banyak melakukan kemalangan di rumah (perkara biasa bagi kucing dah berusia). Apabila Tigger muntah di atas sofa keluarga tersebut pada awal Julai, keluarga tersebut tidak tahan lagi. Menurut NY Post, pemilik Tigger pernah memberitahu Katz,

“Bau ni! Tigger baru muntah di atas kerusi saya yang elok ni. Kalau sekali lagi Tigger muntah di atas sofa saya yang elok ini, dah sudah, ia akan disuntik (getting the needle). Tigger akan ke vet.”

Perkataan ‘getting the needle’ tu dikatakan berulang kali di rumah sehingga kanak-kanak kecil mula mengajuk perkataan tersebut. Katz menjelaskan bagaimana setiap hari dia rasa bimbang sebelum pergi bekerja, kerana dia tidak tahu sama ada Tigger masih ada di rumah atau tidak. Apabila dia diberitahu yang temu janji sudah dibuat untuk Tigger, dia tidak teragak-agak untuk bertindak.

Mengorbankan pekerjaannya yang stabil itu, Katz membawa lari Tigger dan meninggalkan nota di atas para.

Nota tersebut berbunyi

“Saya tidak boleh benarkan ini terjadi.”

Mengetahui yang dia mungkin kehilangan kerjanya, Katz tidak sanggup membiarkan Tigger disuntik mati. Pada pendapatnya perkara ini adalah normal bagi kucing yang sudah pun berusia 15 tahun. Dia beranggapan yang pengurusan yang ringkas boleh meningkatkan kualiti hidup Tigger.


Sejurus selepas membawa lari kucing tua itu, Katz menerima mesej yang memberi amaran sekiranya dia tidak memulangkan Tigger, keluarga tersebut akan menelefon polis. Sekali lagi walaupun tahu akibat yang akan menimpa, Katz enggan memulangkan Tigger. Akhinya dia menyerahkan diri sendiri ke pihak polis pada 8 Julai.
Katz ditahan selama dua jam di dalam penjara tahanan dan didakwa kerana petit larceny (Larceny adalah jenayah melibatkan pengambilan harta benda seseorang ataupun perniagaan seseorang secara tidak sah)

Katz mempunyai dokumen veterinar yang menunjukkan dia sudah berbelanja ratusan dollar untuk pemeriksaan dan rawatan untuk Tigger. Dokumen tersebut walaubagaimanapun, masih menunjukkan hasil yang tidak dapat disangkal mengenai kualiti hidup Tigger.

Di mahkamah pada 6 Julai, keluarga asal Tigger menuntut kucing tua itu dipulangkan ke bawah jagaan mereka. Walaupun mengikut permintaan mereka, Hakim Nassau County, Rhonda Fischer menolak permintaan mereka. Dia memutuskan yang dia perlukan laporan rasmi mengenai kesihatan terkini Tigger sebelum kes ini diselesaikan.
Kedua-dua pihak, Katz dan keluarga tersebut kembali ke mahkamah pada 14 Ogos apabila Hakim memberikan kata putus mengenai masa depan Tigger.
Sementara itu, Tigger kekal bersama Katz. Dia bernekad untuk memastikan Tigger selamat kerana ia berjuang untuk haknya dalam menjalani tahun-tahun seniornya..
UPDATE: Pihak Polis menyerbu rumah Katz dan merampas Tigger untuk dipulangkan ke keluarga asal Tigger…. Keluarga Berman masih belum mendedahkan yang sama ada mereka masih ingin menyuntik mati Tigger. Harap-harapnya mereka boleh lihat yang betapa pentingnya Tigger pada Katz dan buatlah keputusan yang betul.

Bagi jelah Katz tu bela Tigger apa masalahnya…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment