Pengalaman Ke Mesilou Cat Village, Sabah

Baru-baru ini MM pergi bercuti ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Kalau dah ke Sabah ni sebagai pencinta kucing memang wajib lah ke Mesilou Cat Village kan? Ha artikel kali ini MM kongsikan pengalaman MM ke sana.

Terletak di Kampung Mesilou Kundasang, Mesilou Cat Village (MCV) merupakan tempat menarik yang baharu dibuka untuk dikunjungi orang ramai. Alang-alang pergi Desa Dairy Farm kan, anda boleh pergi ke MCV sebab tak berapa jauh sangat pun dari situ.

Waktu Operasi MCV seperti berikut:

Sabtu 8AM–5PM
Ahad 8AM–5PM
Isnin 8AM–5PM
Selasa 8AM–5PM
Rabu 8AM–5PM
Khamis 8AM–5PM
Jumaat 8AM–5PM

Cuma yang menjadi sedikit sukar adalah keadaan jalan yang agak teruk dalam perjalanan ke MCV. Jika anda menaiki kenderaan besar rasanya tiada masalah. Rasanya jalan yang MM lalu ini sudah dinaiktaraf sedikit berbanding sebelum ini.

Sesampainya di MCV perkara pertama yang MM perasan adalah adanya cat patio yang memudahkan kucing-kucing di situ bergerak bebas tanpa merayau jauh ke jalan yang merbahayakan diri mereka.

Ini antara peraturan sebelum anda memasuki MCV ni. Sila patuhi untuk kesejahteraan kucing-kucing di sini ya

Kredit Gambar: Gottoka Petrichor

Tiket masuk hanya RM4 untuk dewasa, kanak-kanak percuma. Jika anda hanya ingin melihat dari luar sahaja tiada pembayaran dicas.

Menurut seorang pemiliknya, Junaidah Joutin, idea mengusahakan Cat Village bermula apabila kucing jalanan yang dikutip mereka dari beberapa daerah semakin banyak. Jadi bagi MM RM4 tu dah tersangat murah dah.


Semua kucing di MCV ini dikelaskan mengikut keadaan mereka. Ada kelompok kucing yang sudah divaksin dan dikembiri dikumpulkan dalam satu kawasan. Jika anda ke lokasi yang seakan taman ini, kesemua kucing-kucing yang ada di situ semuanya sudah di kembiri. Mereka juga menerima kucing untuk tinggal di sini tapi dengan syarat kucing yang hendak ditinggalkan itu perlulah dikembiri dan divaksin terlebih dahulu untuk mengelakkan pembiakan kucing bertambah dan penyakit bertularan.

Kesemua kucing-kucing ini gemuk-gemuk dan sihat semuanya. Tidak dilupakan manja dan jinak. Setibanya MM di sini, mereka memberi makan kucing di sini labu campur ikan rebus. Semua pakat berkerumun nak makan. Yang comelnya kan semua kucing makan bersuap! Amboi manja betul. Seronok MM lihat gelagat mereka ni.

Semua pakat tunggu nak makan labu campur ikan.

Kebanyakan kucing di sini adalah dari kucing baka domestik. Ada juga kucing parsi dan kucing siam. Yang menariknya ada juga kucing baka scottish fold. Pertama kali juga MM lihat kucing comel pendek tu.

#1

#2

#3

#4

#5

Bagi kelompok kucing yang belum dikembiri mereka akan dikumpulkan di sini.

Di sini lah MM dapat melihat kucing scottish fold tu.

#6

Di tingkat atas pula merupakan kawasan kuarantin bagi kucing-kucing yang tidak sihat. Bagi MM itu merupakan usaha yang patut dipuji dalam menjaga kebajikan kucing-kucing di sini. Tengok keadaan kucing-kucing di sini dengan cukup bersih dan sihat sudah membuktikan bahawa usaha dan penjagaan Junaidah Joutin sekeluarga dalam menjaga kucing-kucing terbiar di Sabah ini.

Bagi yang ingin datang ke sini, anda MM nasihatkan anda jangan berharap terlalu tinggi apa orang kata high expactation sebab kawasan ini tidaklah seluas mana kalau nak dibandingkan dengan taman arnab di situ. Tapi dapat jumpa dengan kucing-kucing pun dah puas hati kan?

Anda boleh ikuti perkembangan MCV di facebook page mereka.

Apa yang MM perasan bila ke Sabah ni kan susah nak jumpa kucing jalanan. Yang ada banyak adalah anjing jalanan.

Nanti MM nak ke Cat Beach Pulau Pinang pula MM kongsikan pengalaman MM ke sana.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment