Pemilik Kucing Lebih Imun Terhadap Virus COVID-19?

Dengan membela kucing di rumah dapat meningkatkan ketahanan dari virus COVID-19 menurut doktor berasal dari Poland yang merawat pesakit COVID-19 di Spanyol.

Sabina Olex-Condo yang bekerja di jabatan kecemasan hospital di Madrid, Spanyol di mana setiap hari beliau merawat pesakit COVID-19 mendapati rakan sekerjanya yang membela kucing tetap sihat dan boleh berterusan bekerja.

Dr Sabina Olex-Condo

Manakala rakan sekerjanya yang tidak mempunyai haiwan peliharaan seringkali mengambil cuti sakit.

Dr Olex-Condo juga menyedari corak yang sama di kalangan pesakitnya yang kadangkala bertanyakan mengenai situasi mereka di rumah.

Beliau mendapati kebanyakan pesakit yang datang ke hospital tidak mempunyai haiwan peliharaan di rumah.

Walaupun ini hanyalah satu pemerhatian yang tidak disokong oleh kajian perubatan berasaskan statistik, Dr Olex-Condo memberitahu surat khabar Głos Wielkopolski,

“Sudah diketahui bahawa kucing pun mempunyai virus corona mereka yang tersendiri yang tidak menjangkiti manusia.
Jadi tidak mustahil manusia yang mempunyai hubungan rapat setiap hari  dengan kucing mempunyai antibodi-antibodi terhadap virus kucing.”

“Dan antibodi-antibodi ini juga boleh menghapuskan virus manusia.”


Sehingga kini, tidak banyak yang diketahui mengenai virus COVID-19 dan Dr Olex-Condo tidak menyedari kewujudan satu pun kajian mengenai bagaimana haiwan peliharaan dapat menjadikan manusia lebih imun terhadap virus yang sudah menjangkiti hampir 20.4 juta manusia seluruh dunia.

“Namun kepentingan hubungan rapat dengan haiwan dapat meningkatkan imuniti manusia sudah pun dikaji dan fakta ini sudah pun terbukti.” tambah beliau.

Kajian mendalam amat diperlukan untuk membuktikan pemerhatian ini namun Dr Olex-Condo berkata beliau gembira untuk berkongsi pemerhatiannya bersama virologis dan mendengar pendapat mereka mengenai perkara ini.

Sumber: The First News

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment