Pemilik Kucing Ini Hasilkan Iron Throne Buat Kucing Maine Coonnya

Pengguna Reddit, Elly Gibson, 25, ingin menjadikan kediamannya sesuai untuk seekor ‘raja’ iaitu kucing Maine coonnya yang berusia 17 tahun bernama Arthur ini.

Jadi dia dapatkan gunting, gam dan cat dan terus memulakan kerjanya.

“Saya lihat satu kotak ini, kotak kasut untuk but kanak-kanak yang ibu saya hantarkan dan saya fikir saya boleh buatkan Arthur katil baru,” kata Elly kepada Just Something.

“Saya buka kotak tersebut dan ianya kelihatan sepeerti kerusi, jadi saya rasa saya boleh buatkan Arthur tempat bertakhta kerana kami selalu panggilnya King Arthur. Tiba-tiba saya sedar yang tempat bertakhta yang paling terbaik adalah Iron Throne (Game of Thrones)”

Tiada apa perancangan yang dilakukan, Elly berkata dia terus buat sahaja sehingga siap. Permulaan kotak yang ringkas, dia memotong beberapa pedang dan tapak kerusi yang dibuat seperti bentuk tempat bertakhta. Beberapa perincian di situ di sini dan semuanya nampak jelas.

Dicatkan warna hitam dan beberapa warna perak untuk menambahkan kesan berkilat-kilat.

Malah Elly turut jahitkan untuk Arthur kusyen kecil supaya rajanya itu selesa di atas takhta.

Kini, Arthur boleh duduk di takhtanya sebagai Raja Di Rumah dan ia sangat sukakan port barunya itu.

“Arthur sangat suka duduk dan baring di Iron Throne tersebut!” kata Elly.

Semoga King Arthur dapat memimpin 7 kerajaan dengan penuh adil dan saksama.

“Arthur sudah berusia 17 tahun. Ia merupakan kucing suami saya dari zaman kecilnya dan kami beruntung Arthur masih ada dalam kehidupan kami.” tambah Elly.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

 

Leave a comment