Pembakaran Hutan di Indonesia Menganc4m H4bitat Orangutan Sumatera

Jerebu yang berlaku di Malaysia tahun ini adalah paling dahsyat yang pernah kita hadapi.

Sedang petani di Indonesia membakar hutan untuk aktiviti pertanian, orangutan Sumatera semakin menuju kepupusan. Spesis yang sudah kritikal terancam, yang membina habitat di pokok-pokok di hutan ini, kini terpinga-pinga di atas tanah dengan tiada tempat perlindungan dan semakin mudah diserang pemangsa..

Gambar menunjukkan sekumpulan orangutan terdampar di tanah Indonesia sehingga ada yang duduk di atas ranting-ranting kayu dan pokok tumbang dan ada pokok yang sudah pun menjadi abu.

Ada lagi gambar menunjukkan orangutan muda bergayut di pokok dan tidak mahu lepas sedangkan kawasan hutan di sekelilingnya mula terbakar..

Menurut Daily Mail, populasi orangutan Sumatera kini berkurangan sehingga berjumlah 7,500 ekor sahaja dengan penebangan hutan menjadi salah satu punca utama pengurangan spesis ini.

Ini menyumbangkan kepada masalah lain kerana orangutan Sumatera adalah ‘penjaga’ hutan. Ini kerana mereka membantu menyebarkan biji benih sepanjang kawasan hutan yang mereka duduki yang membantu menumbuhkan pokok dan tumbuhan yang baru.

Walaupun menjadi perkara biasa bagi pemilik ladang untuk membakar hutan untuk membersihkan tanah untuk pertanian, usaha untuk memadamkan api terhalang kerana pengaliran hutan tanah gambut yang tebal untuk ladang pulpa dan ladang kelapa sawit.

Manakala syarikat perladangan termasuklah empat firma sekutu kumpulan korporat Malaysia dan syarikat berasaskan Singapura di bawah siasatan dan menunggu keputusan terhadap kemungkinan hukuman yang akan dikenakan.

Kredit imej: Daily Mail

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment