Sepantas Mana Kucing Berlari?

Kucing sentiasa mengkagumkan kita dengan keistimewaan mereka. Salah satunya ada apabila melihat mereka berlari!

Anda mungkin ‘terkejut beruk’ apabila melihat kucing anda segera memecut setelah menghabiskan masa dengan melepak sahaja. Terus berlari selepas tidur? Itu mungkin mustahil bagi manusia. Namun bagi kucing, ia adalah semulajadi sahaja. Ini membuatkan kita berfikir, sepantas mana kucing berlari?

Secara puratanya, sepantas mana kucing berlari?

Sejauh mana kucing berlari bergantung kepada baka. Namun kesemua kucing domestik semestinya tahu berlari. Ini adalah kerana kucing adalah pemburu, yang memerlukan kelajuan apabila menyerang mangsa mereka. Selalunya secara purata kucing yang dibela boleh berlari sepantas 20 ke 25 batu per jam.

Ini adalah penting untuk tahu yang kucing bukanlah pelari jarak jauh. Mereka adalah pemecut yang menggunakan kelajuan mereka untuk mengejar mangsa atau melarikan diri dari sesuatu.

Sepantas mana kucing liar berlari?

Berbeza pula bagi kucing liar yang boleh berlari lebih laju. Ini adalah kucing liar lebih besar dan pemangsa yang lebih dominan. Seperti contoh, cheetah boleh berlari lebih dari 60 batu per jam.

Adakah kucing lari lebih laju dari manusia?

Sudah tentu. Kucing domestik boleh memecut lebih laju dari mana-mana manusia. Walaupun manusia terpantas di dunia, Usain Bolt, hanya dapat memecut lebih laju sedikit sahaja dari kebanyakan kucing yang dibela.

Apa yang membuatkan kucing berlari laju?

Puncanya dari evolusi fizikal mereka.

Kucing berasal dari susur galur pemburu liar yang panjang. Tidak semua kucing-kucing ini dilahirkan untuk larian jarak jauh seperti cheetah mahupun harimau bintang. Tapi kesemua kucing dicipta untuk memecut dan menukar mod menjadi kereta lumba dalam masa sesaat sahaja.

Kita dapat lihat ini semua dari bagaimana kucing dicipta dan ciri-ciri yang ada pada fizikal kucing. Kesemua kucing tidak kiralah domestik mahupun liar, mereka mempunyai kaki belakang yang sangat kuat. Kaki inilah yang memberi sokongan ketika kucing memecut, melompat dan juga memanjat.

Lagi aspek yang penting adalah kucing berjalan dengan jari kaki seperti menjinjit. Ini membantu kucing bergerak lebih cepat dan ringan seperti terapung.

Apakah baka kucing domestik yang terpantas?

Kelajuan kucing betul bergantung kepada baka mereka. Ini adalah setiap baka kucing mempunyai sejarah yang unik dan set gen. Kucing rumah yang terpantas di dunia adalah kucing dari baka Egyptian Mau. Kucing aktif ini boleh berlari sejauh 30 batu per jam. Terdapat beberapa lagi baka kucing yang laju. Mereka adalah kucing Abyssinian, ocicat, bengal dan kucing siam.

Apakah baka kucing yang paling perlahan pula?

Tidak kesemua kucing rumah suka berlari. Tidak kira sifat semulajadi mereka mahupun saiz mereka, terdapat juga banyak kucing yang tidak berlari selaju seperti kebiasaan kucing rumah. American shorthair dan british shorthair adalah contoh baka kucing yang tidak berapa suka berlari. Samalah juga kucing ragdoll dan ragamuffin.

Kucing parsi dan burma juga bukanlah pelari yang aktif juga. Ini adalah baka kucing jenis ini mempunyai brachycephaly, keadaan yang memberikan ciri-ciri wajah yang rata ataupun flat face. Bentuk wajah tersebut membuatkan kucing jenis ini sukar bernafas. Jadi oleh kerana itulah kucing jenis baka ini memilih untuk tidak terlalu aktif. Namun, kucing-kucing ini boleh mengekalkan kelajuan yang lebih laju dari kebanyakan manusia!

Kesimpulan

Setiap kucing adalah berbeza namun satu perkara yang pasti, kucing berlari laju dari kita. Setuju tak?

Suka kucing? Jangan lupa like facebook page kami Themamamiaow

Leave a comment