Panik Virus Korona Punya Pasal Habis Haiwan Peliharaan Dicampak

Seperti yang dilaporkan di The Sun, pemilik haiwan peliharaan mula membunuh haiwan peliharaan masing-masing dengan mencampak dari tingkap apartment selepas menerima berita yang tidak disahkan bahawa haiwan peliharaan juga boleh menyebarkan virus korona.

Gambar-gambar haiwan yang malang ini boleh dilihat di media sosial selepas haiwan yang tidak bersalah ini dicampak sehingga mati dek kerana pemilik mereka yang panik.

Panik ini disebabkan oleh kenyataan Dr Li Lanjuan yang diputar belit media China yang pada mulanya berkata jika haiwan peliharaan bersentuhan dengan manusia yang dijangkiti oleh virus, haiwan peliharaan ini perlu dikuarantin, hanya sebagai langkah keselamatan.

Disuruhnya kuarantin lahhhh bukan campak keluar tingkap kucing-kucing anjing-anjing tu!

Kenyataan yang menyebabkan panik di kalangan ramai penduduk di China yang membuatkan mereka sanggup membunuh haiwan peliharaan mereka dengan cara yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ni mesti jenis manusia yang baca tajuk je isi artikel taknak baca… Kesian haiwan yang sihat yang tak bersalah jadi mangsa.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment