Panduan Untuk Menamakan Kucing Anda

Jadi anda mengambilbela kucing baru. Tahniah kerana memberi peluang untuk kucing tersebut menerima kasih sayang dan memberikan kehidupan yang terbaik untuk kucing tersebut.

Perkara yang selalu membuatkan pemilik kucing buntu setelah membela kucing baru adalah nama apa yang ingin diberikan pada kucing baru ini. Ok jangan risau, MM faham sangat perasaan buntu tersebut artikel kali ini MM akan kongsikan panduan untuk menamakan kucing anda.

Tips menamakan kucing

Tidak seperti anjing, latihan bukan satu perkara yang penting apabila menamakan kucing. Walaupun kucing boleh dilatih ianya bukan perkara yang menjadi kebiasaan seperti latihan anjing. Jadi terpulang pada anda nak namakan kucing dengan nama apa sahaja yang anda rasa sesuai. Namun ini merupakan cadangan apabila menamakan kucing anda.

1. Pastikan nama tersebut pendek sahaja

Anda boleh saja nak namakan kucing anda nama panjang-panjang tapi mungkin ianya lebih baik nama kucing anda antara 1-3 suku kata sahaja. Bukan sahaja mudah untuk kucing anda faham, malah nama yang pendek lebih mudah untuk disebut secara kerap.

2. Jangan namakan kucing dengan nama yang sama atau sebutan yang sama dengan haiwan peliharaan lain

Jika anda mempunyai hamster yang bernama Fluffy, jangan namakan kucing anda dengan nama Floofy, nama yang sebutannya sama mengelirukan.

3. Pilih nama dengan bunyi nada tinggi yang kucing dapat mendengar dengan mudah

Secara saintifiknya, kucing lebih cenderung untuk respon terhadap suara manusia yang bernada tinggi. Jadi pakar kucing selalu mengesyorkan anda menamakan kucing dengan akhirnya berbunyi ‘ee’.

Masalah yang sering terjadi apabila menamakan kucing

Apabila menamakan kucing, perlulah berfikir dengan sebaik mungkin. Anda sepatutnya mengelakkan dari melakukan kesilapan ini:

1. Nama yang rumit

Pastikan nama kucing baru anda mudah disebut dan difahami kucing

2. Nama yang lucu

Sir Bitesalot mungkin kedengaran lucu, namun bukan semua orang akan faham.

3. Nama keluarga

Mungkin anda ingin menamakan kucing anda sempena nama nenek anda tapi nenek anda mungkin tidak setuju dengan anda.

Ce kongsi sikit nama kucing anda? Mana tahu ada yang bekenan dengan nama kucing anda tu

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment