Otitis, Kucing Putih Berhidung Hitam Yang Comel Dan Tidak Mempunyai Telinga

Kenali Otitis!

Seperti yang anda perasan, ya Otitis tidak mempunyai telinga. Malangnya telinga Otitis terpaksa dibuang kerana ia mengalami Otitis Externa, keadaan di mana kucing mengalami cyst besar pada telinga.

Pemilik Otitis sebelum ini tidak merawat masalah ini dan tidak mampu untuk membiayai pembedahan untuk membuang telinga Otitis apabila ia tidak lagi boleh dirawat, dan akhirnya melepaskan kucing ini. Feline Rescue Association of Baltimore lah yang ambil Otitis dan membiayai pembedahan dan berusaha mencari rumah untuk kucing putih yang berhidung hitam ini.

Lebih setahun yang lalu Molly Lichtenwalner mengalami kemalangan kereta yang sangat serius sehingga menyebabkan dia mengalami kegelisahan yang teruk. Pada Mac 2016, dia pergi ke Petfinder.com untuk mencari teman yang dapat membantu dia menghadapi masa yang sukar dan beberapa klik dia menemui Otitis. Dia tahu yang Otitis adalah teman yang tepat untuknya.

Berharap untuk menginspirasikan semua orang membuka hati kepada haiwan-haiwan yang kurang diterima untuk diambilbela, Lichtenwalner membuka akaun instagram untuk Otitis di mana dia boleh berkongsi gambar-gambar Otitis dan rupanya yang unik ini.

Akaun @adventuresofotitis kini mempunyai pengikut seramai 67.7k yang suka melihat gelagat Otitis.

Namun misi Otitis dan Lichtenwalner bukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kucing istimewa. Pasangan ini memulakan kempen Kickstarter yang sangat berjaya. Dengan kesemua dana,  Lichtenwalner dan rakan sebiliknya yang juga merupakan ahli terapi pertuturan, mencipta satu buku kanak-kanak.

Buku ini mengenai Otitis, pengembaraan Otitis dan bagaimana perbezaan kucing ini menjadikan ia unik dan disayangi, melalui kisah Otitis ini, Lichtenwalner berharap semua orang akan orang lain akan belajar untuk menerima perbezaan mereka sebagai sebahagian daripada diri mereka yang paling indah.

Macam doremon kan kucing takde telinga ni.. hehe

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment