Nail Cap? Aksesori Kucing Atau Menyeksa Kucing?

Bagi penggemar kucing, proses mendandan haiwan peliharaan itu kini tidak hanya bertumpu kepada pakaian dan aksesori tertentu.

Sebaliknya pemilik kucing boleh melakukan sedikit kelainan pada si bulus kesayangan mereka.

Kini penggunaan penutup kuku kucing atau ‘nail cap’ dengan pelbagai pilihan warna dan corak menjadi trend dalam kalangan penggemar kucing.

Namun tular Twitter, seorang netizen mendakwa penggunaan aksesori itu dalam tempoh yang lama boleh memberi tekanan kepada kucing sehingga membawa kepada masalah kemurungan dan kem4tian.

Posting tersebut yang di retweet lebih 12,000 kali mendapat perhatian seorang doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali yang kurang bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Saya tidak setuju. Kenyataan tersebut kurang tepat. Kucing murung dan m4ti sebab faktor lain mungkin ya, tapi sebab ‘nail cap’ susah… tak sampai macam tu,” katanya.

Malah, katanya penggunaan aksesori itu yang didakwa membataskan mekanisme pertahanan kucing adalah kurang tepat.

“Tidak tepat kerana pertumbuhan kuku masih seperti biasa. Cuma kalau untuk kucing yang bebas keluar kurang sesuai,” katanya.

Dr Salehatul berpendapat aksesori penutup kuku kucing tidak salah digunakan asalkan cara pemakaian dan bahan yang digunakan sesuai.

Pada asasnya, aksesori itu digunakan sebagai alternatif bagi prosedur cabut kuku atau ‘declaw’. Namun pemakaiannya perlu dibuat dengan tujuan yang betul.

Bukan untuk kucing kelihatan cantik tetapi lebih kepada keselamatan pemilik kucing untuk mengurangkan kesan cakaran jika berlaku.

“Apa-apa pun, pemilihan material yang digunakan adalah penting bagi memastikan bahannya selamat untuk kucing peliharaan,” katanya.

Namun, Dr Salehatul berkata pemakaian aksesori itu pada kucing peliharaan mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

“Ada pro dan kontra. Dari sudut positif, pemakaian ‘nail cap’ boleh mengelak kucing mencakar perabot atau pemiliknya.
“Secara kontranya, ada sesetengah kucing mungkin alergi dengan gam yang digunakan. Jadi perlu pantau.
“Ada juga kemungkinan kuku itu tercabut dan kucing tertelan. Namun pada dasarnya bahan yang digunakan itu selamat jikalau tertelan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata apa sahaja aksesori yang dipakaikan perlu dipantau agar tidak berlebihan dan memudaratkan kucing.

Diminta mengulas mengenai kenyataan bahawa kuku kucing tidak digalakkan untuk dip0tong, Dr Salehatul berkata pem0tongan kuku kucing terutamanya kucing indoor perlu dijadikan sebagai satu rutin.

Boleh dip0tong. Setiap kuku kucing indoor perlu dipotong. Kalau tidak ia akan ‘overgrow’ dan menyebabkan kuku terlampau panjang dan boleh tercucuk pada tapak kaki kucing,” katanya.

Beliau turut berpendapat tindakan mem0tong kuku kucing tidak menjejaskan keupayaan haiwan tersebut.

“Apabila dipotong tak beri kesan pun kepada keupayaan kucing. Sebab kuku itu boleh tumbuh semula macam kuku manusia,” katanya.

Dr Salehatul turut menggesa orang ramai supaya mendapatkan nasihat yang betul mengenai tip penjagaan dan kesihatan kucing.

“Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan yang tidak disahkan kesahihannya,” kata doktor muda itu.

Sumber: mystar

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment