‘Nadia’, Harimau Malaya Pertama Positif COVID-19 Di New York

Seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, Bandar New York positif COVID-19.

Ini merupakan kes pertama penyakit yang dijangkiti manusia, mengjangkiti haiwan dan membuatkan haiwan ini sakit, menurut ketua veterinar Zoo tersebut pada Ahad (5 April 2020) yang lepas.

Harimau Malaya berusia 4 tahun yang bernama Nadia ini diuji untuk penyakit COVID-19 selepas mengalami batuk kering bersama-sama tiga ekor harimau dan tiga ekor singa, menurut Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar yang menguruskan zoo tersebut.

Virus COVID-19 dipercayai ditularkan dari haiwan ke manusia serta banyak haiwan yang sudah diuji positif di Hong Kong.

Namun pihak berkuasa percaya yang ini merupakan kes yang unik kerana Nadia jatuh sakit selepas selepas pendedahan kepada pekerja zoo asimptomatik, Pahl Calle, menurut ketua veterinar di Zoo Bronx kepada pihak Reuters. Calle berkata mereka tidak tahu pekerja mana yang mengjangkiti harimau tersebut.

Menurut Calle sambil menambah yang mereka merancang untuk berkongsikan penemuan ini bersama zoo dan institusi yang lain,

“Ini kali pertama kami semua tahu yang seseorang boleh mengjangkiti haiwan dan haiwan tersebut boleh jatuh sakit.”

“Kami harap kami semua akan dapat dapat pemahaman yang lebih baik sebagai hasilnya.”

Walaupun harimau dan singa yang lain menunjukkan gejala, pihak zoo memutuskan untuk menguji Nadia sahaja kerana ia yang paling sakit dan mula kehilangan selera makan serta mereka tidak mahu kesemua haiwan-haiwan ini di suntik anesthesia.

Tambah Calle lagi,

“Harimau dan singa yang lain tidak berapa teruk sangat sakitnya.”

Nadia dibawa untuk sinar-X, serta ultrasound dan pemeriksaan darah untuk mengesahkan apa yang menyebabkan harimau ini jatuh sakit. Kemudian mereka memutuskan untuk menguji harimau tersebut untuk COVID-19 kerana peningkatan kes di Bandar New York yang menjadi pusat jangkitan di Amerika Syarikat.

Menurut Jabatan Pertanian Laboratori Veterinar Kebangsaan Amerika Syarikat yang menjalankan pemeriksaan tersebut, Nadia mula menunjukkan gejala pada 27 Mac.

Zoo tersebut sudah pun penutup operasi mereka sejak pertengahan Mac lagi.

Alamak macam mana ni dulu kata virus ni takkan jangkit haiwan… Risau pulak dengan anak-anak bulus kat rumah ni.

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment