Mitos Mengenai Kucing Yang Sememangnya Disangkal

Rasa-rasa anda tahu semua perkara mengenai kucing dan juga mitos mengenai kucing. Terdapat banyakkk mitos mengenai kucing dan ada di antaranya boleh dipercayai dan ada juga yang kerasnya perlu disangkal. Berikut merupakan mitos mengenai kucing yang sememangnya disangkal:

1. Kucing hitam pembawa malang

Sudah berkurun lamanya kucing hitam dipalitkan imej yang tidak baik sehingga kucing hitam yang ada di pusat perlindungan sukar untuk mendapatkan adopsi. Tiada istilah kucing membawa nasib malang atau baik itu cuma kebetulan sahaja.

BACA JUGA: Fakta kucing hitam

2. Semua kucing bencikan air

Kebanyakan kucing domestik tidak sukakan kucing namun sekiranya anda pernah meoihat video di youtube, ada kucing yang kelihatan gembira bermain dengan air.

Saintis merasakan kucing tidak sukakan air kerana bulu kucing lambat untuk kering yang menyebabkan kucing mudah jatuh sakit dan selesema.

BACA JUGA: Baka kucing yang sukakan air

3. Kucing merupakan haiwan yang tidak penyayang seperti anjing

Memang merupakan debat terulung di dunia ini adalah mengenai haiwan peliharaan mana yang terbaik antara kucing dan anjing.

Kucing domestik adalah lebih berdikari berbanding anjing domestik ini adalah kerana kucing tidak dibiakkan untuk menghabiskan masa dengan banyak untuk bersama manusia sahaja.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini di Universiti Lincoln mendapati kucing tidak menunjukkan tanda-tanda tekanan apabila pemilik mereka tiada dan tidak kisah apabila pemilik mereka pulang.

Namun pemilik kucing semestinya menyangkal kajian tersebut kerana kita tahu yang kucing kita sentiasa teruja apabila kita pulang dari kerja.

Bunyi purring adalah bukti untuk mengatakan yang kucing juga haiwan yang penyayang.

4. Kucing sentiasa mendarat dengan kakinya

Kebanyakan kucing dapat mendarat dengan kakinya dengan selamat dari turun tempat tinggi. Ini adalah kerana kucing memounyai sesuatu yang dipanggil ‘refleks memusing’, di mana kucing mampu memusingkan badan mereka dengan cepat apabila berada di awangan ketika jatuh.

Kucing juga mempunyai tulang belakang yang fleksibel yang sangat membantu dalam perkara ini.

Namun tidak semua kucing mampu lakukan ini. Setiap tahun ada sahaja klinik yang merawat kucing yang cedera dari jatuh tempat yang tinggi. Ada yang mampu sembuh dan ada juga yang tidak.

BACA JUGA: Bagaimana kucing mampu mendarat dengan kakinya dari turun tempat tinggi

5. Kucing ada 9 nyawa ke?

Mitos ini sememangnya salah sama seperti kita yang mempunyai satu nyawa sahaja. Oleh kerana kemampuan kucing mendarat dengan kakinya dari tempat tinggilah mitos mengenai ini mula tersebar.

6. Kucing hanya berbunyi purring ketika gembira

Kucing akan berbunyi purring ketika gembira semasa anda membelainya dan mendapat perhatian dari anda. Ini merupakan bunyi yang menenangkan buat anda dan juga kucing anda. Kucing juga berbunyi purring jikalau mereka ketakutan atau tidak sihat atau dalam kesakitan semata-mata untuk memberi keselesaan pada diri sendiri.

Ibu kucing berbunyi purring untuk menenangkan anak-anaknya.

7. Kucing boleh lihat dalam kegelapan yang penuh?

Kucing tidak mampu lihat sekiranya kawasan tersebut tersangat gelap sama juga seperti manusia. Namun kucing lebih mampu menyesuaikan penglihatan mata dalam keadaan cahaya yang rendah berbanding manusia.

8. Kucing adalah haiwan nokturnal

Kucing bukan nokturnal, namun kucing adalah haiwan krepuskular dimana mereka lebih aktif pada waktu senja dan awal pagi.

9. Kucing boleh minum susu lembu

Walaupun ramai percaya yang kucing perlukan susu, jika anda berikan kucing anda diet yang lengkap dengan nutrien yang diperlukan, jadi kucing anda tidak perlukan susu kerana susu boleh menyebabkan gangguan pada perut mereka. Ini adalah kucing tidak boleh menghadap enzim yang terdapat pada susu lembu iaitu laktosa.

Namun sekiranya kucing ada sudah terbiasa dengan pengambilan susu lembu dengan kerap, jadi kucing anda tidak mempunyai masalah.

BACA JUGA: Kucing boleh minum susu ke?

10. Kucing tidak suka kucing yang lain

Kebanyakannya kucing lebih suka sekiranya mereka kucing tunggal di dalam rumah. Namun kucing boleh saja bersosial dan membentuk persahabatan dengan kucing yang lain namun mereka rasakan mereka tidak perlu untuk lakukannya. Keadaan ini juga bergantung kepada usia: kucing yang sudah lama hidup bersama dari kecil akan mudah bergaul.

11. Kucing adalah haiwan yang suka bersendirian

Secara semulajadinya kucing adalah haiwan yang suka bersendirian. Sedangkan anjing yang merupakan keturunan serigala dimana mereka hidup secara berkumpulan, kucing liar selalunya hidup bersendirian.

Walaubagaimanapun, kucing yang sudah didomestikan boleh membentuk ikatan yang rapat dengan manusia dan juga membentuk persahabatan dengan haiwan yang lain seperti anjing, arnab, kuda dan sebagainya.

Walaupun kucing dikatakan sangat berdikari, sekiranya diabaikan terlalu lama, kucing boleh mengalami kegelisahan perpisahan (separation anxiety) dan anda tidak mahu ia terjadi pada kucing anda.

12. Menyapu mentega pada kaki kucing akan membantu ia mencari jalan pulang?

Ini merupakan salah satu tips yang diberikan apabila seseorang pindah ke rumah baru dan ingin melepaskan kucingnya keluar buat pertama kali.

Namun tips ini tidak betul sama sekali, jangan ikut ok? Dan akan menambah tekanan pada kucing anda.  Teori disebalik tips ini adalah ingin menghilangkan bau dari rumah lama. Namun realitinya bau rumah lama memang akan sebati pada memori kucing.

Tips yang terbaik adalah dengan membiarkan kucing anda menyesuaikan diri dan mengenali rumah baru anda dan jika ingin pastikan kucing anda akan pulang apabila keluar bermain, anda perlu membiarkan kucing anda duduk di rumah sahaja selama beberapa minggu supaya kucing anda tahu yang rumah baru adalah kawasan selamat baginya.

Chuols pernah tahu mitos lain yang merepek-repek mengenai kucing lagi? Kongsikan di ruangan komen k

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment