Misi doktor gigi di Turki untuk menyelimutkan semua kucing dan anjing yang kesejukan di jalanan

Seorang doktor gigi Turki sedang dalam misi untuk memastikan haiwan terbiar kekal hangat di musim sejuk, dengan menyelimuti mereka ketika tidur di tepi jalan-jalan di Istanbul. Huseyin Yurtseven, yang tinggal di bandar raya terbesar di Turki, telah meronda ke kawasan kejiranan untuk memastikan kucing dan anjing terbiar kekal hangat dengan menutup mereka menggunakan selimut.

Doktor tersebut memutuskan untuk melakukan misi itu setelah mendapat inspirasi daripada video di media sosial dan kasihan melihat anjing terbiar yang tinggal di kawasannya kesejukan kerana musim sejuk telah tiba.

Beliau juga telah mengedarkan selimut kepada pedagang tempatan dan pencinta haiwan lain untuk memperluaskan rangkaian misinya itu. Penduduk Istanbul yang menemui selimut yang kotor boleh menghubungi Huseyin Yurtseven dan rakan-rakannya untuk memulangkan kepada mereka untuk dicuci.

Turki telah dilanda salji tahun ini dalam keadaan sejuk di seluruh Eropah, sementara suhu paling rendah yang pernah direkodkan di Turki pada Januari ialah -25 Celsius (-13 Fahrenheit) pada awal tahun 1942.

Huseyin Yurtseven menghamparkan selimut di atas anjing yang sedang tidur di luar sebuah kedai di Istanbul

Haiwan terbiar ditutup dengan selimut di Istanbul untuk memastikan mereka kekal hangat pada musim sejuk ini. Anjing-anjing mencari tempat yang hangat untuk tidur dan berlindung daripada kesejukan

Mereka meronda di kawasan sekitar bandar raya Istanbul untuk memastikan haiwan terbiar kekal hangat.

kan best kalau semua orang dalam dunia ni ada sifat empati terhadap haiwan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment