Miaow Nakal Musnahkan Blok Doraemon Di Mana Pemiliknya Susun Selama 7 Hari Untuk Pelanggannya

Seorang penjual mainan dari Thailang berkongsikan pengalaman bercampur aduk perasaannya di Facebook mengenai bagaimana kucingnya menghancurkan 2, 432 blok figurin Doraemon yang dia sudah habiskan masa selama 7 hari untuk menyiapkan untuk pelanggannya.

Dalam posnya dia berkata,

“Bertuah punya kucing! Seminggu aku buat benda ni. Pelanggan nakkan sebelum tahun baru.”

Beberapa siri gambar mendedahkan kucing comel dengan muka tak bersalah berbaring di sebelah figurin Doraemon yang bersepah. Ada gambar lagi menunjukkan penjual mainan ini mengangkat kucing kecil itu dengan sebelah tangan dengan mata kucing tersebut bersinar-sinar seperti ingin mencairkan hati pemiliknya yang sedang marah itu.

Haha tengok jelah muka tu mesti tak sampai hati nak marah kan!

Mungkin ada di antara anda yang mengatakan apa masalahnya, susun jelah balik, kan? Tapi tengok jelah betapa terperincinya figurin ni:

Mujur pemilik kucing ini hanya bergurau. Pos yang dikongsikan itu menjadi viral dengan lebih 70,000 shares. Ramai netizen yang memberikan komen mengatakan betapa comelnya anak kucing tersebut.

Geram tengok doraemon besar la tu… Kucing dengan jatuhkan benda memang tak dapat dipisahkan.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment