Menurut Pakar, Haiwan Peliharaan Turut Boleh Dijangkiti Virus Korona Wuhan

Penularan influenza A beberapa hari yang lalu pun membuatkan kita pemilik kucing ni gusar sama ada penyakit tersebut boleh mengjangkiti kucing kita atau tidak.

BACA JUGA: Adakah kucing boleh dijangkiti influenza?

Belum reda pasal influenza A datang pula virus baru yang katanya lebih merbahaya iaitu virus Wuhan atau virus korona.

Menurut laporan Oriental Daily, penularan virus Wuhan boleh juga memberi kesan terhadap haiwan peliharaan termasuklah kucing.

Menurut pengakuan oleh pakar epidemiologi dan doktor Li Lanjusn yang juga merupakan ahli Suruhanjaya Kesihatan Nasional Tahap Tinggi China, virus korona Wuhan boleh menular bukan sahaja di kalangan manusia malah juga keseluruhan spesis mamalia. Untuk pengetahuan kita kucing kan haiwan mamalia.

Beliau berkata ketika sidang media bersama media China CCTV,

“Pemilik haiwan perlu menguatkan lagi pengurusan haiwan peliharaan masing-masing. Jika haiwan peliharaan terdedah dengan penularan dan pesakit yang dijangkiti, haiwan peliharaan ini juga perlu dikuarantin.”

Walaubagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pada 28 Januari yang lalu, setakat ini virus korona Wuhan tidak mempunyai kesan terhadap kesihatan haiwan dan tiada kes yang berkaitan dilaporkan pada mana-mana spesis.

Menurut Newsweek pula setakat ini tiada kes haiwan peliharaan yang dijangkiti dengan virus korona.

Tapi apa-apa pun kita sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab dinasihati untuk menjaga pergerakan kucing dan hadkan aktiviti outdoor untuk mengelakkan dari dijangkiti virus.

Apa-apa pun jangan lupa vaksin kucing masing-masing ya.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment