Menurut Kajian, Personaliti Kucing Anda Sebenarnya Mencerminkan Personaliti Anda

Baru-baru ini pengkaji di Universiti Liverpool melakukan kajian mengenai personaliti kucing untuk membandingkan dengan personaliti pemilik mereka.

Pendek ceritanya mereka bertanya pemilik kucing mengenai kucing mereka menggunakan set karakter yang dipanggil Feline Five, yang digunakan  untuk menentukan personaliti kucing berdasarkan dominan mereka, keramahan mereka, keimpulsifan mereka, neurotikisme mereka dan ekstroversi mereka.

Tambahan lagi mereka bertanya kepada pemilik kucing mengenai karakter mereka juga yang sedikit berkaitan dengan Feline Five. Setelah semua informasi dikumpulkan, para pengkaji membandingkan personaliti kucing dengan personaliti pemiliknya untuk melihat sekiranya ada persamaan.

Rupa-rupanya ada persamaan!

Secara ringkasnya, para pengkaji menemui yang pemilik kucing yang impulsif cenderung untuk memiliki kucing yang impulsif juga. Sama juga seperti pemilik kucing yang neurotik cenderung akan memiliki kucing yang neurotik.

Penemuan kajian ini sangat menarik namun ada perkara yang boleh menimbulkan keraguan.

Contohnya, mencapai kesamaan tidak sama seperti mencapai penyebabnya. Ini adalah kerana sekiranya terdapat persamaan di antara dua faktor, ini tidak bermakna yang satu dari dua faktor menyebabkan faktor lain kerana terdapat faktor lain yang berpotensi untuk diperjelaskan.

Contohnya, masuk akal sekiranya terdapat faktor ketiga yang menyebabkan dua faktor tersebut terjadi, dengan penjelasan yang klasik iaitu suhu tinggi menyebabkan orang akan cenderung makan ais krim atau manusia cenderung untuk pergi mandi kolam.

Dalam penjelasan yang lain, dari segi penyebab lah yang memerlukan kesamaan tapi kesamaan tidak semestinya memerlukan penyebab. Faham x?

Tambahan lagi penting untuk ingat yang kajian ini berasaskan laporan dari pemilik kucing itu sendiri. Secara amnya, manusia tidak selalunya sempurna, penelitian yang tidak berat sebelah mengenai karakter mereka sendiri, bermakna tidak ada sebab yang jelas mengenai penelitian sendiri oleh pemilik kucing.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment